Pelawak ‘stand up’ komedi popular, Datuk Jamali Shadat, dilaporkan sudah meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi, hari ini. Menerusi laporan Harian Metro, berita tersebut dimaklumkan oleh cucunya sendiri, Isyraq Ariff Zalull Ariff. Salam takziah!
Uzur tidak mampu berjalan
Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian. Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk. Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ.
Selepas itu, dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya.
Menurut Isyraq, datuknya sudah uzur dan tidak mampu berjalan serta kurang selera makan selepas kematian neneknya sekitar Jun 2018. Malah, datuknya turut mengalami kemurungan. Tambahnya lagi, sebelum ini datuknya itu turut diserang angin ahmar dan dijaga oleh neneknya sehingga pulih. Ujar Isyraq, datuknya turut berasa terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.
Kalau korang nak tahu, arwah sangat terkenal sebagai pelawak pada era 1980-an. Arwah berkebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.
Pulangnya seorang legenda
View this post on Instagram
Pulangnya seorang legenda kepada Ya Khaliq. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un… Dukacita dimaklumkan Seniman Dato Hj Jamali Bin Shadat telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi @ 8.45 pagi 3 feb 2021. Jenazah kini di rumahnya Pulau Indah Klang. Mohon doakan semoga Arwah diampunkan dosa dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin. Anak arwah yang mengesahkan. Semoga roh Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang2 yg beriman dan diampunkan segala dosa-dosanya. Aamiin Allahumma Aamiin. Salam takziah buat seisi keluarga.Al Fatihah (di baca)
Di Instagram, pelakon, Fauziah Ahmad Daud atau dikenali sebagai Kak Ogy turut memuat naik posting mengenai berita pemergian arwah. Kak Ogy memberitahu bahawa jenazah arwah kini berada di rumahnya di Pulau Indah Klang. Dikesempatan yang ada, Kak Ogy turut mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber: Harian Metro & Fauziah Ahmad Daud