Penyanyi dan juri tetap Famili Duo Musim ke-4 (FD4), Mas Idayu sekali lagi meraih perhatian apabila didakwa memberi kritikan pedas secara umum pada duo sepupu Didi dan Thamiera.
Artikel Berkaitan: ‘Itu Bukan Dia, Ini Perbuatan Scammer Dalam Rumah Sendiri’ – Mas Idayu Percaya Aman Graseka Dikawal?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mas Idayu Peluk Erat Bella Astillah Buat Netizen Sebak – ‘Dia Cari Nak Manja-Manja, Anak Mummy Yang Kuat’
Penurunan mendadak minggu kelima
Ketika ditemui OhBulan!, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun memberi peluang kepada duo sepupu Didi dan Thamiera untuk menunjukkan perkembangan minggu demi minggu.
Namun, penantiannya itu meninggalkan kekecewaan dengan penurunan vokal yang sangat teruk oleh duo sepupu itu dengan tema irama dangdut, pada malam Ahad.
Dari minggu awal kita nampak macam mana dia (Thamiera) sangat gementar. Mummy tidak marah, saya tunggu dia buat yang terbaik.
Masuk minggu kedua pun kita tunggu lagi, minggu ketiga bagus tapi penurunan malam ini sangat teruk.
Mummy tidak mahu sentuh tentang persembahan, sebab mereka bagus. Energy itu ada, mereka boleh menari.
Tapi vokal, bunyi sangat terkejar-kejar. Pitching teruk.
Kalau dah di tangga paling terbawah, kena bawa satu kelainan idea. Contohnya, mereka tidak perlu sampai bawa tiga lagu dangdut, macam awak memang penyanyi dangdut yang profesional pulak.
Mas Idayu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media minggu kelima FD4 yang berlangsung di Studio NTV7 Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.
Tegur sebab sayang
Ujarnya lagi, duo sepupu itu harus menerima risiko kritikan sejak bersetuju untuk bertanding dalam program yang ditayang secara siaran langsung.
Berani tiada masalah tapi mereka membunuh dalam pertandingan. Sampai bawa tiga lagu, mummy sendiri tak mampu nak bawa lagu orang sampai sebegitu banyak.
Persembahan yang mereka buat masuk di kaca TV, jadi saya kena tegur depan orang ramai. Kalau nak saya tegur belakang penonton, kita pergi karaoke.
Memang kali ini mereka tersalah langkah, pilih terlalu banyak lagu untuk menunjukkan yang mereka profesional dalam irama dangdut.
Susah kalau ambil hati pada teguran saya dalam rancangan macam ini.
Berikutan dengan itu, duo sepupu difahamkan pulang awal dan tidak bersama barisan kontestan lain semasa pengumuman juara minggu kelima Famili Duo Musim kelima.
Pasangan duo sepupu iaitu Didi dan Thamiera membawa lagu medley Bang Jono oleh Zaskia Gotik, Goyang Duma nyanyian Cita Citata dan Senggol-Senggolan nyanyian asal Mas Idayu pada minggu kelima FD4.
Bagi edisi kali ini, FD4 menggandingkan Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos manakala menampilkan gandingan baharu di kerusi juri iaitu Datuk Rosyam dan Mummy Mas Idayu.
Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (70%) dan undian atas talian melalui Tonton (30%).
Duo juara mingguan akan memenangi hadiah berjumlah RM10,000 setiap minggu (7 episod pertama), dan juara pentas akhir FD4 akan memenangi hadiah RM100,000!
Untuk musim terbaharu, selain Didi dan Thamiera lima pasangan lagi yang turut berentap adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).
FD4 bermula 20 Oktober 2024 ini dan bakal bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.
FD4 juga boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.