Baru-baru ini bekas anggota Forteen, Izzue Islam ada mengeluarkan kenyataan tidak lagi mempunyai persefahaman menyebabkan beliau keluar dari kumpulan itu. Malah, beliau mendakwa sering dipulaukan anggota yang lain.
Artikel berkaitan : ‘Mereka Buat Saya Macam Tak Wujud. Usahkan Tegur, Salam Pun Tidak’
Menerusi sidang media Forteen sebentar tadi, mereka menjelaskan punca utama berlakunya perbalahan.
Isu pertukaran lagu tanpa perbincangan
Vokalis utama, One memberitahu perbalahan antara mereka berkaitan dengan isu pertukaran lagu tanpa perbincangan. Hal ini membuatkan Izzue Islam terkejut dan berkecil hati.
Izzue mempersoalkan perkara itu di depan pihak produksi dan seterusnya beredar, tanpa mahu mendengar penjelasan kami.
Ketika itu, kami memang terasa dengan tindakannya. Tidak sangka pula tiga hari selepas itu, dia membuat pengumuman keluar daripada Forteen.
Tambah One lagi, isu itu timbul ketika Forteen menjayakan Parti Gegar Vaganza pada 15 Oktober lalu. Dia juga ada memujuk Izzue supaya memikir semula keputusan mahu keluar dari Forteen namun tidak diendahkan.
Perkara ini boleh dibawa berbincang. Saya siap cakap dengan nada yang lembut dan meminta maaf, tetapi dia memberi isyarat tangan tanda menolak.
Sedih? Sudah kering air mata saya. Selalunya kalau timbul sesuatu isu, kami akan beri ruang seketika, seterusnya berbincang. Tetapi, kali ini lain pula jadinya.
Bagi saya, semua ini berpunca daripada ego dan saya sudah memohon maaf. Terfikir juga, adakah dengan melutut baru dia akan maafkan kami?
Akui sedih dengan perpecahan ini, One memberitahu sudah memohon maaf.
Sumber : Berita Harian , Media Hiburan