berita

Punca Kematian Akibat Kebocoran Usus, Tiada Kesan Dirogol Atau Diculik – KP Negeri Sembilan

August 15th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Selepas 10 hari operasi mencari dan menyelamat, mayat pelancong warga Ireland Nora Anne Quoirin akhirnya ditemui di Gunung Berumbun berhampiran resort yang diduduki mangsa.

Menerusi sidang media, polis mendedahkan hasil bedah siasat kematian mangsa adalah disebabkan kebocoran usus kerana tidak makan dalam tempoh panjang.

Punca kematian akibat kebocoran usus

Ketua Polis Daerah Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan punca kematian remaja terbabit adalah disebabkan kebocoran usus kerana tidak makan dalam tempoh panjang.

Hasil bedah siasat oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam semalam mendapati Nora Anne mati dalam masa dua ke tiga hari sebelum ditemui.

Punca kematian adalah disebabkan kebocoran usus kerana tiada makanan dalam tempoh panjang dan stress (tekanan) yang berpanjangan.

Beberapa sampel daripada tubuh telah diambil dan akan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisa untuk mengetahui dengan lebih lanjut hasil autopsi.

Buat masa ini, tiada elemen penculikan.

Tambahnya lagi, tiada luka atau kesan jenayah ditemui pada badan mangsa. Selain itu, polis menegaskan tiada sebarang kesan rogol, hanya luka kecil di bahagian kaki mangsa.

Proses bedah siasat yang bermula jam 11.45 pagi dan berakhir jam 9.25 malam tadi dikendalikan oleh Pakar Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJS selain dibantu pakar dari Jabatan Kimia.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×