berita

Media Sosial Dan Sekolah Asrama Punca Jumlah Golongan LGBT Meningkat

October 30th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggarkan jumlah golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) meningkat sehingga lebih 300,000 orang pada tahun ini. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2013, komuniti gay dan lesbian dianggarkan sekitar 173,000 orang.

Manakala pada 1988, terdapat seramai 10,000 orang mak nyah di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 70 hingga 80 peratus adalah dari etnik Melayu, selebihnya Cina dan India.

Kewujudan media sosial

Menerusi laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komunitinya, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, dengan kewujudan internet seperti media sosial ianya menyumbang kepada peningjatan jumlah tersebut.

Dengan keterbukaan dari sudut media sosial, capaian untuk golongan muda itu lebih banyak. Ini secara tidak langsung lebih menggalakkan mereka untuk mencapai kepada aplikasi mobil yang berkaitan dengan LGBT.

Sebab itu kita mencadangkan kepada masyarakat bermula daripada rumah kalau boleh ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka.

Kalau dulu kita risau anak kita keluar rumah tak balik, tapi sekarang kita perlu lebih risau kalau anak kita dalam bilik dan tidak keluar.

Menghantar anak ke asrama

Menerusi laporan Berita Harian, beliau juga berkata selain media sosial, sekolah berasrama juga menjadi punca jumlah tersebut meningkat.

Dalam beberapa kes, mereka (kanak-kanak dan remaja lelaki) diliwat pelajar senior ketika berada di sekolah berasrama, sekali gus mengakibatkan wujudnya faktor ketagihan kepada seks sejenis dan bertukar menjadi seorang gay.

Oleh itu, saya berpandangan sekolah berasrama ini lebih sesuai bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5, bagaimanapun ia hanya pandangan peribadi yang boleh dibincangkan lebih lanjut.

Pihak berkenaan dipelawa untuk membincangkan cadangan pengenalan sekolah berasrama hanya kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 dengan Jabatan Perdana Menteri sebagai pengerusi.

Tidak semua gay pernah melakukan hubungan seksual

Namun menerusi Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa bekata, tidak semua gay pernah terlibat dalam hubungan seksual.

…seseorang yang dilabel gay, tidak semestinya telah melakukan hubungan sesama jenis sama ada homoseksual atau liwat. Golongan ini baru dianggap memiliki same sex attraction iaitu ketertarikan sesama jenis.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×