berita

Pura-Pura Panik Tengok Bayi Mati Berlumuran Darah, Wanita Mengaku Bunuh Sebab Stress Dengan Suami

July 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tribun News

Seorang bayi di Subulussalam, Indonesia, dikenali sebagai Siera berusia enam bulan ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati. Ketika kejadian, mayat bayi ini berlumuran darah dan mempunyai luka di bahagian leher.

Apa yang paling mengejutkan, apabila pihak polis mendakwa seorang wanita yang merupakan ibu kepada bayi tersebut bertanggungjawab atas kematian anaknya sendiri.

Pura-pura minta tolong

Sekadar gambar hiasan

Lapor Tribun News, kejadian tersebut berlaku di rumah bapa mentuanya pada waktu pagi. Suspek yang dikenali sebagai Sirwati dipercayai mengelar leher anaknya menggunakan pisau pemotong yang berada di tempat kejadian. Selepas bayi tersebut mati dibunuh, wanita ini ‘berpura-pura’ menangis dan meminta bantuan daripada jiran tetangga susulan apa yang telah terjadi kepada anaknya untuk mengelakkan sebarang syak wasangka.

Sis, tolong tengok anak saya sebab…

Susulan daripada itu, penduduk kampung membuat laporan kepada pihak polis dan Pusat Kesihatan Komuniti Rundeng. Ujar Ketua Polis Subulussalam, AKBP Qori Wicaksono SIK pihak polis berjaya menangkap suspek selepas dua jam kejadian itu berlaku. 

Berasa tertekan dengan suami sendiri

Sekadar gambar hiasan

Suspek yang telah ditahan bagaimanapun, mengaku bersalah atas pembunuhan anaknya itu. Ujar Qori lagi, suspek sudah pun mempunyai hasrat untuk membunuh anaknya disebabkan masalah emosi dan marah kepada suaminya. 

Tidak berakhir di situ, suspek sempat menjelaskan dia berasa ‘tertekan’ susulan suaminya sama sekali tidak mengambil peduli akan kesihatan anaknya yang sakit sebelum ini. Pada masa yang sama, pihak polis turut mengesyaki wanita muda ini mempunyai masalah kemurungan berikutan masalah rumah tangga yang dihadapinya.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×