berita

2 Pekerja Maut Setiap Hari Dalam Perjalanan Pergi Balik Ke Tempat Kerja

February 14th, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Soal ajal dan maut memang bukan ketentuan manusia, namun sudah semestinya kita mengharapkan perjalanan menuju tempat pekerjaaan mahupun pulang ke rumah berada dalam keadaan yang selamat.

Menurut sumber Astro Awani, kes kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja pada tahun lepas meningkat iaitu 35k berbanding 33k pada 2017.

Meningkat 74 peratus

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar memberitahu bahawa kira-kira 890 kes kematian dicatat akibat kemalangan dalam perjalanan pergi-balik ke tempat kerja. Ia menunjukkan penurunan berbanding tahun 2017 yang mencatatkan 924 kes kematian sama.

Ini bermakna setiap hari purata dua orang pergi kerja tidak pulang semula ke rumah akibat terlibat dalam kemalangan maut

Bagaimanapun, kes kemalangan pergi balik ke tempat kerja pada tahun lepas meningkat sebanyak 74 peratus daripada kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Kerjasama dengan PERKESO

Oleh itu, kita berharap lebih banyak pihak bekerjasama dengan PERKESO melaksanakan program kesedaran kepada golongan pekerja, kita tidak kisah naikkan peruntukan bantuan kewangan asalkan program yang dijalankan memberi kesan positif dan boleh mengurangkan kes kemalangan pergi-balik kerja.

Antara contoh program yang boleh dilakukan ialah program pencegahan kemalangan perjalanan, runding cara, program penyelidikan dan pembangunan serta penerbitan video promosi.

Geran bantuan kewangan

Sebanyak 33 institusi dan NGO membuat permohonan melibatkan lebih dari RM4 juta. Antara institusi dan NGO yang menerima peruntukan ialah Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×