berita

Puteri Aishah & Suami Selamat Timang Anak Sulung

April 5th, 2024 | by Alia
Kini Trending

puteri aishah

Pelakon Puteri Aishah selamat melahirkan zuriat pertamanya pada malam Khamis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Aishah Hamil Anak Pertama, Umum Ketika Bercuti Bersama Suami Di Korea

Anak lelaki

puteri aishah

Perkara tersebut dikongsikan oleh pengurusnya iaitu Iman Tang menerusi hantaran di Instagram Story (IG).

Aktres berusia 30 tahun itu juga dilihat mengulang siar (repost) hantaran berkenaan di IG miliknya.

Syukur Alhamdulillah.

Selamat atas kehadiran anak lelaki pertama pada Khamis, 4 April 2024. pada sekitar jam 8.17 malam. Baby dan mommy sihat walafiat.

Dalam pada itu, Iman juga menitipkan doa agar anak kepada pasangan itu membesar menjadi insan yang berguna.

Semoga si kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan dapat membanggakan orang tuanya.

Tahniah Puteri Aishah dan Firdaus Sulaiman.

Sekitar Januari lalu, Aishah memberikan kejutan buat para peminat serta rakan selebritinya yang lain apabila mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama.

Sekadar info, Aishah selamat bergelar isteri kepada Firdaus yang merupakan seorang ahli perniagaan pada November 2021 tahun lalu.

Sumber: IG Puteri Aishah 

SKIP THIS AD ×