berita

[VIDEO] Puteri Aishah Hamil Anak Pertama, Umum Ketika Bercuti Bersama Suami Di Korea

January 15th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon jelita, Puteri Aishah memberikan kejutan buat para peminat serta rakan selebritinya yang lain apabila mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama.

Artikel Berkaitan: Terima ‘Friend Request’ Bertalu-Talu Di IG, Suami Puteri Aishah Jadi Buruan Netizen

Tunjuk ‘baby bump’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Aishah (@puteriaishahofficial)

Menerusi Instagram (IG), Aishah atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman memuat naik video sedang bercuti bersama suaminya, Muhammad Firdaus.

Dapat dilihat, pelakon filem ‘Pulang’ itu turut menunjukkan ‘baby bumpnya’ yang semakin membesar di dalam video tersebut.

The butterflies he used to give me turned into tiny feet, #comingsoon #babyloading.

Walau bagaimanapun, Aishah tidak menyatakan usia kandungannya kepada umum.

Hantaran dimuat naik pelakon berusia 29 tahun itu mendapat perhatian wargamaya dan turut dibanjiri dengan ucapan tahniah atas berita baik tersebut.

Sekadar info, Aishah selamat bergelar isteri kepada Firdaus yang merupakan seorang ahli perniagaan pada November 2021 yang lalu.

Komen netizen

SKIP THIS AD ×