Telah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi orang yang kita sayangi. Itu juga yang dilakukan oleh pelakon muda berbakat besar iaitu Puteri Balqis di saat ibu tercinta, Norashikin Mohd. Aziz menerima pelbagai tohmahan.
Artikel Berkaitan: Mia Sara Dakwa Tiada Didikan Islamik, Puteri Balqis Naik Angin – ‘Pakai Tudung Tak Beri Anda Akses Percuma Untuk Bercakap Buruk!’
Artikel Berkaitan: Mia Sara Tak Ada Hubungi, Puteri Balqis Enggan Simpan Dendam – ‘Saya Okey Untuk Bekerjasama Selepas Ini’
Siapa lagi nak pertahankan ibu?
Menurut Balqis, 15, hanya ibu satu-satunya insan tempat dia bergantung harap selepas ‘kehilangan’ bapa kandungnya, Azizi Aziz sejak lima tahun lalu. Katanya lagi, sekarang ini cuma ada dua orang sahaja yang penting dalam hidupnya iaitu ibu dan pengurus (Fariz).
Sebab dia ibu kan. Ibu saya dikecam satu Malaysia, saya seorang sahaja yang akan mempertahankan dia. Siapa lagi.
Kalau nak harapkan orang lain sebenarnya, ada sahabat-sahabat yang sentiasa berada dengan kami tapi mereka tak nak dengar.
Jadi, saya yang akan lantangkan suara untuk ibu sebab saya anak dia.
Balqis ditemui ketika majlis pelancaran filem Rumah yang diadakan di Petaling Jaya, pada petang Isnin.
Penagih dadah?
Menjawab tuduhan yang mendakwa ibunya menagih dadah, pemilik nama Puteri Balqis Azizi menafikan fitnah yang dilemparkan orang ramai.
Tegasnya, tubuh badan ibunya sejak dari dulu lagi kurus disebabkan faktor metabolisme.
Apabila mereka cakap tentang addiction (ketagihan dadah) apa semua, saya cuma boleh cakap, ibu dari dulu orangnya memang kurus.
Masalah metabolisme. Jadi, memang tiada kena mengena dengan addiction. Fitnah itu besar tapi saya tak boleh tutup mulut orang.
Saya tak nak jadi Balqis dulu
Dalam pada itu, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 enggan mempedulikan kata-kata netizen dan akan terus melindungi ibunya hingga hujung nyawa.
Saya akan lantangkan suara apabila netizen cakap, tak usah pertahankan ibu sangatlah, menjengkelkan dan sebagainya. Saya nak tanya, siapa lagi nak pertahankan kalau bukan saya?
Saya sahaja yang ada dan saya akan terus pertahankan ibu. Saya tak nak jadi Aqish yang dulu, yang gagal untuk pertahankan ibu kerana itu satu kesilapan besar.
Jadi sekarang ini, saya tak kisah apa orang nak cakap, annoying (menjengkelkan) ke, itu ibu saya.