Baru-baru ini, perselisihan faham di antara dua pelakon muda berbakat besar iaitu Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha menjadi bualan ramai di media sosial. Enggan berlanjutan, Balqis tampil memohon maaf kepada Mia Sara di Instagram (IG) miliknya.
Artikel Berkaitan: Mia Sara Dakwa Tiada Didikan Islamik, Puteri Balqis Naik Angin – ‘Pakai Tudung Tak Beri Anda Akses Percuma Untuk Bercakap Buruk!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aqish & Ibu Buat Hal Sendiri, Kami Tak Kacau Orang’ – Puteri Balqis Buat Permohonan Maaf Kepada Mia Sara
Tak nak masuk campur lagi
Ketika ditemui OhBulan!, Balqis melahirkan rasa lega apabila dia sudah meluahkan segalanya yang terpendam di media sosial.
Saya sudah minta maaf dan luahkan semua di media sosial. Kalau boleh tak nak masuk campur lagi dalam hal begini.
Saya rasa lega dapat apabila dapat luahkan semuanya. Sekarang saya okey sahaja.. sibuk dengan kerja dan tulis puisi.
Balqis ditemui ketika majlis pelancaran filem Rumah yang diadakan di Petaling Jaya, pada petang Isnin.
Ditanya sama ada Mia Sara, 16, ada menghubunginya selepas insiden tersebut, kata Balqis, 14, tidak ada langsung.
Tambah pemilik nama Puteri Balqis Azizi, sejak awal lagi dia tidak rapat dengan Mia Sara kerana lebih pada ‘dunia’ sendiri.
Saya okey
Dalam pada itu, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 menyatakan dia bersikap profesional sekiranya penerbit, Datuk Ayu Puteh ingin menggabungkan mereka berdua dalam satu karya.
Sebenarnya benda itu (gandingkan Balqis dan Mia) secara tiba-tiba baru cakap. Saya tak tahu nak rasa apa. Jadi, saya rasa kalau ada masa boleh, kalau tak ada saya minta maaf.
Tak ada masalah untuk saya bekerjasama dengan Mia. Saya pun dah minta maaf dan dia jangan buat lagi. Saya harap selepas ini semua okey.
Terdahulu, timbul perbalahan selepas Mia Sara menjawab pertanyaan netizen dan mendakwa tidak semua orang (merujuk kepada Balqis) dibesarkan dengan keluarga yang beragama dan tidak boleh menyalahkan Balqis.
Berikutan daripada itu, Balqis yang kecewa dengan dakwaan tersebut tampil dengan kenyataan menempelak Mia Sara kerana bersikap sedemikian.