berita

‘Puteri Balqis Yang Mahu Kongsi Kisah Hidupnya, Dia Tak Tahan Pendam Perasaan’ – Youtuber

September 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, Youtuber, Bros Gang TV memberi penjelasan bahawa pihaknya tidak memaksa Puteri Balqis untuk menceritakan mengenai pengalaman hidupnya sehingga video tersebut viral, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Mangsa Trauma Perlu Sokongan & Kaunseling’ – Caprice Buka Minda Netizen Tentang Aib VS Jenayah

Artikel berkaitan: Ditegur Tak Baik Buka Aib Ayah Secara ‘Public’, Netizen Sedih Dengar Kisah Puteri Balqis

Artikel berkaitan: ‘Dia Tengok Pornografi Macam Kartun’ – Puteri Balqis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah?

Dia sendiri yang mahu kongsi

Sebelum ini, Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Datuk Dr Raj Karim, menyifatkan perbuatan menyiarkan video berkenaan adalah suatu bentuk eksploitasi seksual dan pihak berkaitan perlu diambil tindakan.

Berikutan daripada itu, Bros Gang TV memberitahu bahawa Balqis sendiri yang mahu berkongsi kisah hidupnya sewaktu ditemubual. Tambah Bros Gang TV, pendedahan yang dilakukan itu adalah di luar jangkaan pihaknya.

Apa yang kami buat sekarang ialah atas dasar human rights. Berapa ramai kanak kanak yang menjadi mangsa di luar sana? Kenapa nk fokus pada kami? Dengar apa yang diberitahu oleh Aqish. Banyak kali kami bertanya pada ibu dan Aqish sendiri perihal ini. Aqish sendiri cakap yang dia tak tahan dalam memendam perasaan setelah bertahun tahun dan izinkan kami untuk post podcast tersebut.

Walaubagaimana pun, pihak polis telah membuat siasatan. Selebihnya kita berdoa. Ingat, setiap apa yg berlaku ada hikmah. Tuhan kenalkan kami dengan Aqish pun salah satu hikmah untuk menyuarakan apa yang dialaminya.

Bros Gang TV turut menegaskan bahawa pihaknya sudah mendapat keizinan dan persetujuan daripada Balqis sebelum memuat naik video berkenaan. Menerusi posting yang sama, YouTuber itu turut menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan perkongsian video di YouTube membabitkan pelakon terbabit bertujuan mengejar tontonan yang tinggi.

Sumber: Bros Gang TV

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×