Pelakon dan penyanyi meningkat naik, Puteri Khareeza akui suaminya banyak membantu menguruskan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Khareeza Belum Sedia Timang Anak, Fokus Nak Tamatkan Pengajian
Artikel Berkaitan: Puteri Khareeza Kenal Suami Menerusi Aplikasi TikTok – ‘Dia Matang & Sudah Bersedia Nak Kahwin’
Suami banyak membantu
Ketika ditemui OhBulan!, Khareeza atau nama lengkapnya Puteri Aszfaryna Khareeza Arif berkata, dia kini masih belum mahir untuk menyediakan makanan.
Namun, suaminya Mohd. Shukor Khamaruddin lebih mahir memasak dan cekap di dapur.
Rutin menguruskan rumah tangga sama saja, tetapi bab memasak ini suami saya yang uruskan itu memang kepakaran dia.
Sejujurnya saya memang tak pandai memasak, dan dia tahu mengenai perkara itu. Saya akan belajar memasak, InsyaAllah.
Banyak yang dia masak sedap antaranya yang menjadi kegemaran saya nasi tomato, ayam masak merah, dan udang tempoyak.
Dalam pada itu, Khareeza berkata perkahwinan telah mengubahnya menjadi seorang yang lebih matang dan fokus.
Perubahan besar saya agak matang, dulu banyak main mungkin sebab masih muda. Nyanyi pun dahulu tak berfikir panjang.
Suami banyak mengubah saya untuk berfikir lebih matang dalam semua perkara.
Penyanyi berusia 26 tahun tersebut turut berkongsi bahawa dia tidak pernah berasa menyesal bergelar isteri ketika usia muda malah sangat selesa dengan perwatakan suaminya.
Saya tak menyesal kahwin di usia muda sebab dia menyenangkan hidup saya, saya lebih banyak belajar.
Kami memang serasi, saya suka orang kelakar dan dia sangat menghiburkan. Keluarga saya pun nampak dia baik dan boleh jaga saya.
Khareeza berkata demikian ketika sidang media eksklusif menjelang Showcase Pertama Puteri Khareeza yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu.
Showcase pertama
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Duka Sebalik Tawa itu bakal mengadakan showcase solo pertamanya, ‘Sebenar’, pada 16 November ini di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Saya sangat gugup tetapi pada masa yang sama teruja kerana ini adalah kali pertama saya akan mengadakan showcase yang dibantu oleh pihak pengurusan. Saya akan berikan yang terbaik buat peminat dan keluarga saya.
Peluang ini adalah yang terbaik dan saya akan mengingati sejarah ini sebagai titik penting dalam kerjaya saya.
Showcase tersebut juga akan dimeriahkan dengan persembahan kolaborasi istimewa bersama artis jemputan iaitu Haris Fayahet, Zazo Maulana, Maria Khairul (alumni Lagu Cinta Kita 3) dan Adi dari kumpulan Venus.
Untuk info, Khareeza dan Shukor berkahwin pada 24 Februari lalu selepas empat bulan mengenal hati budi menerusi media sosial.