Pelakon terkenal, Puteri Sarah mendedahkan bahawa buat masa ini dia masih belum berfikir untuk mencari pengganti kepada bekas suaminya, Syamsul Yusof selepas mereka bercerai pada 14 Jun yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai, Talak Satu
Fokus anak & kerjaya
Memetik laporan Berita Harian, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata kehidupannya kini lebih tertumpu kepada kerjaya dalam mencari duit untuk membesarkan dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Saya tak terfikir langsung untuk mencari jodoh. Fokus sekarang mahu mencari duit dan menjadi kaya.
Soal cinta tolak tepi dulu, saya nak cari duit sendiri. Bila sudah kaya barulah fikirkan soal mencari pengganti.
Bila bergelar ibu, saya sudah tak fikir sangat soal diri sendiri, tetapi keutamaan lebih kepada anak-anak, kerjaya serta orang terdekat. Saya akan fikir pasal orang lain dulu, keperluan sendiri jatuh nombor dua.
Lagipun, saya nak besarkan anak-anak, cinta itu nantilah. Kalau ada jodoh, adalah.
Sementara itu, Puteri Sarah tampil menjelaskan mengenai kontroversi yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon seberang yang juga merupakan rakan kongsinya, Andi Arsyil Rahman.
Secara kebetulan, Andi adalah pengeluar, jadi saya terfikir kenapa tidak ambil peluang jadi pengedar bagi pasaran tempatan.
Insya-Allah, Andi akan ke Kuala Lumpur, bulan hadapan kerana kami merancang untuk membuka kilang bagi bagi menjimatkan kos untuk diedarkan ke Singapura.
Persoalan jika hubungan rakan niaga bertukar menjadi cinta, itu kita tengoklah nanti. Lagipun, saya berkawan dengan semua orang dan tak mahu dilabel tak sedar diri.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah selepas kemelut rumah tangga berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Berita Harian