Pelakon Puteri Sarah memaklumkan dia sudah berjaya menjejaki lokasi tempat kerja individu yang dikenali sebagai Afiq Azni yang sebelum ini mengeluarkan kata-kata hinaan terhadapnya.
Artikel Berkaitan: ‘Ehh? Pengecut Rupanya Block Kita, Ingat Hebat Sangat’ – Puteri Sarah Bengang Digelar Geng ‘Secondhand’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati’ – Bella Astillah
Berjaya dapat nombor telefon
Menerusi ciapan di platform X, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata dia juga berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit individu tersebut.
Mamat Afiq ini mesti tak pernah kena apa-apa kan. Sebab itu kurang ajar setiap masa dan dia ingat terlepas. Dekat dalam media sosial sahaja berani.
Dah tahu tempat kerja dia dan dah ada nombor telefon pun. Ramai sakit hati dengan kau ni. Kau ingat deactive, kes tutup?
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di entri sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berharap individu terbabit dibuang dari tempat kerjanya sebagai penghantar makanan.
Dengar kata tengah training. Tolong buat staff toksik begini. Since kalian (majikan) pun dah tahu perkara ini viral.
Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Afiq Azni meninggalkan komen berbentuk hinaan pada sebuah hantaran di Instagram Puteri Sarah dengan menggelar dia dan aktres, Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’.
Berang dengan komen tersebut, Sarah berkata dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang.
Sumber: X