Pergaduhan di media sosial makin berlarutan apabila pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan aktres Puteri Sarah Liyana saling lawan membalas dengan membuat tuduhan.
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Tidak Jadi Lafaz Cerai, Puteri Sarah Enggan Tarik Kes Ira Kazar & Keluarga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syamsul Minta Diskaun Sangat Banyak’ – Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit
Bukti mana?
Menjawab dakwaan mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain, Puteri Sarah meminta Syamsul untuk mengemukakan bukti kukuh tanpa ‘borak kosong’.
Jangan cakap sahaja. Bukti mana? Tuduhan nusyuz 44 muka surat, satu bukti pun tiada.
Siapa yang gunakan mama papa (Datuk Yusof dan Datin Patimah) untuk meraih simpati? Dua tahun tinggal bersama dan mereka menjadi saksi segalanya.
Tak hairanlah ‘kaki spin’ macam ini kalau bapa sendiri pun dah kena block empat tahun. Tak balik raya pun dah empat tahun. Cukuplah sandiwara you.
Siapa merayu nak jumpa?
Tambah aktres berumur 37 tahun, dia memang tidak ingin bertemu dengan Syamsul yang digelar seorang ‘kaki putar’ cerita.
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menegaskan dia sudah lama menerima takdir suaminya berkahwin dua. Malah, katanya lagi, sejak awal lagi dia minta dilepaskan secara baik namun Syamsul yang enggan melafazkan cerai.
Pada hari Selasa, lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei di depan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan cerai Puteri Sarah pada 10 April lalu.
Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram