Pelakon Puteri Sarah enggan mengulas mengenai video temu bual seorang individu yang mendakwa dirinya telah ditipu seorang aktres terkenal.
Artikel Berkaitan: Ditipu Pegawai Pemasaran, Puteri Sarah Minta Pulangkan RM26,000 – ‘Minta Duit Dah Macam Minta Sedekah’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Doa Puteri Sarah Dapat Jodoh Yang Boleh Bahagiakan Dia & Anak-Anak’ – Yusof Haslam
Settle dengan peguam
Ketika dihubungi OhBulan!, Puteri Sarah berkata dia akan berurusan dengan peguamnya terlebih dahulu bagi menyelesaikan beberapa isu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Bagi saya jumpa peguam dulu. Sebab saya nak saman dia. Dah selesai saya akan maklumkan semula.
Terdahulu, Melodi telah menemu bual seorang individu yang mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon terkenal yang juga merupakan rakan perniagaannya.
Dakwa individu terbabit, aktres itu telah memutar belit cerita dan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar di laman sosial.
Selain itu, dia juga mendakwa sudah berusaha untuk berjumpa dengan aktres terbabit bagi berbincang dan menyelesaikan masalah antara mereka, namun tiada respon diberikan.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun rata-rata netizen mendakwa aktres yang dimaksudkan ialah Puteri Sarah.
Sebelum ini, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin mendakwa seorang pegawai pemasaran yang dilantik telah mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan perniagaan yang diperolehnya.
Menurut aktres itu, dia telah mengupah individu berkenaan sejak Oktober tahun lalu untuk mengendalikan pemasaran produknya, namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard yang ditetapkan.
Bertambah buruk lagi, apabila individu itu tidak mengotakan janjinya untuk menjadi ejen atau stokis produk berkenaan.
Tegasnya, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai pemasaran terbabit sekiranya masih berdegil memulangkan wang berjumlah RM26,000 miliknya.