Meskipun pernah gagal dalam perkahwinan, pelakon Puteri Sarah memberitahu pintu hatinya masih belum tertutup dan tidak menolak rezeki sekiranya mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Saling ‘Lawan’ Balas Di Instagram, Cabar Nazatul Nazira Tunjuk Penyata Bank – ‘Gelap Mata Dik?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Di Pihak Yang Benar’ – Puteri Sarah Tetap Mahu Teruskan Saman RM1 Juta Kes Pecah Amanah & Fitnah Terhadap Bekas Pekerja
‘Cari cinta baharu’
Ketika ditemui OhBulan!, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, berkata, dia tidak serik untuk berkahwin dan akui usianya masih muda.
Saya nak cari cinta baharu, kalau ada jodoh, nak la juga. Sebab saya pun bukan la tua lagi, masih muda lagi. Saya tak pernah serik (berkahwin).
Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai proses mediasi kes saman melibatkan bekas pekerjanya, Nazatul Nazira di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, disoal mengenai tindakan meninggalkan komen di Instagram aktor Indonesia, Andi Arsyi baru-baru ini, Sarah menjelaskan dia dan lelaki itu hanya saling membalas kata-kata semangat.
Komen itu saja-saja. Dia ada bagi saya quotes, jadi saya pun balas la dengan quotes juga. Kata-kata yang membina. Sebab kita sangat serumpun.
Terdahulu, hubungan Sarah dan Andi menuai pelbagai reaksi wargamaya apabila mereka kelihatan sentiasa bersama sehingga timbul khabar angin mengatakan dua pelakon itu sedang bercinta.
Namun, sehingga kini, tiada pengesahan dari kedua-dua pihak mengenai dakwaan tersebut.
Imbas kembali, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.