berita

[VIDEO] Syamsul Setuju Bayar Nafkah Bulanan Anak RM6,000, Edah Puteri Sarah RM15,000

June 15th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Empat tahun pergolakan rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan aktres, Puteri Sarah Liyana sudah berakhir selepas disahkan bercerai talak satu, pada Selasa.

Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai, Talak Satu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Kuat, Kering Air Mata

Ciuman tangan terakhir

Syamsul, 39, melafazkan cerai talak satu pukul 12.25 tengah hari di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sebelum Syamsul melafazkan cerai, Peguam Syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul mencadangkan agar pasangan itu bersalaman bagi memohon maaf.

Kemudian, Hakim Syarie Akmallluddin mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Puteri Sarah, 38, menjalani edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka.

Bayaran yang perlu dibayar

Atas persetujuan bersama, mahkamah merekodkan defendan, Syamsul membayar nafkah bulanan RM6,000 kepada dua anak mereka.

Mahkamah turut merekodkan defendan membayar nafkah tahunan kepada anak-anak antaranya insurans berjumlah RM3,500 dan percutian RM5,000 untuk setiap seorang anak. Selain itu, mahkamah merekodkan defendan membayar nafkah edah RM15,000 kepada plaintif.

Sementara itu, Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir pula berkata, Puteri Sarah memfailkan penceraian kerana tiada persefahaman dan keputusan Jawatankuasa Pendamaian (JKP) mendapati berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan).

Saya dengan rendah diri mohon agar mahkamah meluluskan permohonan cerai dan minta defendan melafazkan cerai.

Anak guam saya berada dalam keadaan suci dan ini adalah talak satu kali yang kedua yang mana talak satu pertama pada 9 Mei 2015 dan mereka rujuk semula pada 15 Mei 2015.

Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.

Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×