Pelakon Puteri Sarah memberitahu dia akan mempertimbangkan solusi yang dicadangkan pegawai mediasi berhubung kes saman fitnah dan pecah amanah yang difailkannya terhadap bekas pekerja, Nazatul Nazira.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Failkan Tuntutan Pecah Amanah Sebanyak RM26,000
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Saman RM1 Juta, Pegawai Pemasaran Tuduh Ambil Dadah & Bela ‘Andy’
Saya cuba berbincang
Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia mahu menyelesaikan kes tersebut secara tenang dan baik.
Saya cuba berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik dan tenang tapi gagal. Bagi saya, hidup ini singkat, kenapa perlu stres. Mediasi pertama belum temui jalan penyelesaian, mahkamah cadang sesi kedua mediasi dilakukan pada 25 September depan.
Menerusi perbincangan yang berlangsung, pegawai mediasi ada memberikan beberapa cadangan yang dirasakan rasional untuk dibuat dan salah satunya adalah perbincangan membabitkan wakil peguam kedua-dua pihak.
Saya hanya mahu tuntut hak saya dengan cara yang paling tenang dan seronok. Saya tak tertekan langsung, malah selepas apa yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini, saya akui pengalaman banyak mematangkan saya.
Sarah berkata demikian sejurus prosiding mediasi pertama yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Khamis.
Dalam pada itu, Sarah akui hairan dengan kenyataan Nazatul yang mengatakan dia mahu menuntut hak selepas didakwa menjadi mangsa fitnah.
Cuma saya tak tahu apa hak yang dia ingin tuntut sedangkan saya yang mengusahakan syarikat itu. Dia hanya pekerja yang dilantik untuk projek yang saya usahakan.
Sementara itu, peguam yang mewakili Sarah, Azmk Mohd Rais berkata, pihaknya tidak dapat berkongsi butiran terperinci mengenai proses mediasi pertama yang berlangsung pada Khamis.
Apa solusi yang dicadangkan semasa proses mediasi tidak boleh didedahkan kerana kita ada sesi kedua.
Bagaimanapun kami akur dengan arahan pegawi mediasi dan kita akan berjumpa semula seperti tarikh ditetapkan.
Terdahulu, Sarah dan Nazatul hadir ke mahkamah bagi prosiding mediasi berhubung kes saman fitnah dan pecah amanah yang difailkan aktres berkenaan pada tahun lalu.
Pegawai mediasi kemudian menetapkan 25 September bagi prosiding kedua.
Terdahulu, Sarah mendakwa Nazatul telah melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.
Nazatul juga telah menuduh Puteri Sarah mengambil barang terlarang, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.
Susulan itu, Puteri Sarah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.