berita

Puteri Sarah Tunjuk Surat Saman Kepada Bekas Menantu Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena

September 2nd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

psl saman malu

Bukan hanya sekadar gertak, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bukti tindakan undang-undang sudah diambil terhadap bekas menantu kepada pelakon senior, Kazar Saisi.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Mengamuk Dengan Bekas Menantu Kazar, Dakwa Masih Jaja Kisah Dengan Syamsul

Artikel Berkaitan: ‘Saman Tetap Diteruskan, Kalau Tidak Anjing Tak Akan Berhenti Menyalak’ – Puteri Sarah

Notis tuntutan untuk saman

Puteri Sarah Liyana notis saman

Terbaru, menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah, 37, berkongsi notis tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Aktres berumur 37 tahun itu telah melantik Datuk Akberdin Abdul Kader dari firma guaman Akberdin & Co.

Berdasarkan notis tuntutan yang dikeluarkan pada tarikh 30 Ogos, memaklumkan Wiwi telah membuat kenyataan melibatkan dirinya di Instagram (IG) pada 24 Ogos lalu.

Notis Tuntutan untuk Saman Fitnah / Malu Cum Injunksi Menurut Aturan 29 Kaedah 1(2A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Sementara itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut meluahkan rasa syukur dan gembira apabila perancangannya berjalan seperti diinginkan.

Alhamdulillah, berita baik daripada peguam saya. Kerana mulut badan binasa.

Minggu lalu, Puteri Sarah berang dengan sikap bekas menantu Kazar yang juga merupakan seorang ejen insurans yang tidak bersyukur dengan tindakannya menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar serta dua ahli keluarga.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

SKIP THIS AD ×