berita

‘Buah Dada Bengkak, Sakit & Boleh Ragut Nyawa’ – Wanita Rugi Lebih RM23k, Payudara ‘Beralih’ Lokasi Selepas Pembedahan

February 15th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara suka memiliki payudara bersaiz luar biasa, seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menyelamatkan nyawanya.

Fizikal kelihatan aneh

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa mendakwa pembedahan membesarkan payudara (breast filler) membabitkan kos lebih RM23,600 dilakukannya penghujung tahun lalu di sebuah premis di ibu kota. Lebih teruk, mangsa kelihatan pelik selepas hasil pembedahan itu tidak berjaya. Fizikal mangsa kelihatan aneh apabila payudaranya beralih posisi.

Mangsa yang dikenali sebagai Elis berkata, dia tertarik untuk melakukan pembedahan tersebut selepas melihat iklan di laman sosial Facebook. Elis yang bekerja sebagai pendandan rambut profesional kemudian dibawa seorang ejen untuk bertemu doktor terbabit bagi berbincang soal kos pembedahan.

Saya diberikan diskaun dan hanya perlu membayar RM23,600 berbanding kos asal lebih RM26,000. Malah saya terlalu yakin kepada doktor lelaki berusia 40-an itu yang mendakwa memilik kelulusan menawarkan khidmat itu dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Malah klinik pembedahan dikendalikan doktor itu terletak di Bukit Kiara di sini, didakwa mendapat kelulusan beroperasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambah Elis, dia menjalani pembedahan selama dua jam di premis itu dengan memasukkan implan ke dalam kedua-dua payudaranya.

Puting bengkak

Bagaimanapun, selepas 4 bulan melakukan pembedahan itu, saya mula berasa tidak selesa dan sakit pada bahagian kanan payudara. Malah lebih menyakitkan apabila bahagian puting turut membengkak. Selain itu kedudukan payudara turut ‘beralih’ lokasi hingga menyebabkan ia kelihatan pelik.

Saya kemudian pergi semula bertemu ‘doktor’ berkenaan bagi mendapatkan penjelasan. Malangnya doktor itu enggan bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku selain menjalankan semula pembedahan bagi mengeluarkan implan yang ditanam di dalam payudara saya.

Oleh kerana tidak menahan kesakitan, Elis terpaksa bergegas ke sebuah hospital swasta di Damansara bagi mendapatkan rawatan.

Doktor di hospital berkenaan mengesan berlaku jangkitan serta kedudukan payudara saya yang ‘lari’ dari kedudukan asal. Saya disarankan melakukan pembedahan di hospital itu bagi menyelamatkan nyawa.

Saya terpaksa membayar RM28,000 bagi kos pembedahan berkenaan. Susulan kejadian itu saya bertindak membuat laporan kepada pihak MMA kerana tidak mahu lebih ramai mangsa tertipu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×