Memang tak pernah duduk diam! Selain daripada berlakon dan menguruskan kerja kebajikan, Putra Amaris juga menceburi bidang perniagaan barangan hiasan rumah menerusi Rumah Artis.
Artikel Berkaitan: ‘Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim Bagi Ketenangan Luar Biasa’ – Putra Amaris
Kualiti tinggi harga murah
Ketika ditemui OhBulan!, Putra Amaris menyatakan Rumah Artis akan menjadi lokasi pusat sehenti bagi mereka yang ingin mendekorasi kediaman mahupun apa juga ruang pilihan.
Kata aktor berumur 37 tahun, dia memang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang dekorasi.
Bukan sekadar mengaut keuntungan, Amaris mahu membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan barangan hiasan rumah dengan harga serendah RM1 tetapi kualiti tinggi.
Di sini bukan sahaja perabot, tetapi kami juga menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman yang akan mengetengahkan Azirun Ramly. Saya yakin dengan latar belakang Azirun sebagai pereka fesyen sebelum ini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang ke Rumah Artis.
Paling penting apa yang ingin saya sampaikan, Rumah Artis adalah lokasi ideal bagi mereka yang ingin mendapatkan idea mahupun produk perhiasan rumah dengan harga yang murah selain menepati cita rasa.
Barangan hiasan yang dijual di Rumah Artis ini harganya cukup berpatutan sebab ada item berkualiti tinggi tetapi dijual dengan harga RM1.
Sebagai anak seni saya juga tahu akan kesulitan yang dihadapi produksi kita dalam mendapatkan pelbagai produk perhiasan untuk menjayakan penggambaran.
Di Rumah Artis juga kami turut menyediakan perkhidmatan menyewa barangan dekorasi termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set.
Amaris berkata demikian ketika sidang media majlis pelancaran Rumah Artis yang diadakan di Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah cawangan
Tambah pemilik nama Muhammad Amran Haji Ismail, dia juga mempunyai perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan Rumah Artis dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Memang menjadi harapan saya agar jenama Rumah Artis ini akan menjadi pilihan penggemar dekorasi dalaman. Sebab itu kami juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan kelak.
Di sini saya juga ingin meminta perunding hiasan dalaman yang ingin bernaung bersama kami untuk terus ke Rumah Artis. Memang kami memerlukan lebih ramai perunding hiasan dalaman yang mempunyai idea yang lebih berani.
Sementara itu, perunding hiasa dalaman di Rumah Artis iaitu Azirun yakin mampu untuk mencurahkan idea yang menarik dalam memberi kepuasan kepada setiap pelanggan Rumah Artis.
Sesuai dengan slogan Rumah Artis ‘Deko orang kaya, harga boleh kira’ saya bertanggungjawab untuk membantu pelanggan untuk mencapai impian mereka dalam mendiami rumah dengan dekorasi pilihan.
Kita tahu ada ramai yang skeptikal dengan perunding hiasan dalaman yang pada mereka akan mengambil kesempatan ketika mengenakan bayaran.
Tetapi di sini kami menyediakan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kemampuan pelanggan. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh mendapakan produk dekorasi rumah dengan harga yang mampu bilik dari sebesar besar perabot sehingga sekecil kecil produk antaranya lampu meja.
Jadi saya menyeru kepada mereka yang mungkin sedang mencari idea ataupun memerlukan bantuan dari segi nasihat, boleh ke Rumah Artis untuk mendapatkan bantuan dekorasi.
Bagi mereka yang ingin melawat ruang pameran Rumah Artis boleh ke Rumah Artis, 3, Jalan Cumarasami, Taman Kaya, Sentul, Kuala Lumpur.