

Penyanyi baru Putri Dahlia hanya mengharapkan yang terbaik buat ibunya, Datuk Nora Ariffin dalam memilih kebahagian hidup.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Gembira Suami Tak Lafaz Cerai – ‘Rupa-Rupanya Dia Masih Sayang Saya’
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Reda Bercerai Hari Ini – ‘Segala Keputusan Saya Terima Dengan Hati Terbuka & Berlapang Dada’
Tak masuk campur hal rumah tangga

Ketika ditemui OhBulan!, Putri Dahlia, 21, menyatakan dia sentiasa menjadi pendengar setia segala luahan ibunya.
Tambahnya, dia menerima sebarang keputusan yang dibuat pelantun lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ itu demi menemui kebahagiaan buat diri sendiri.
Saya hanya nak mama buat pilihan yang boleh buatkan dirinya gembira. Saya hanya mahu mama tenang.
Sekarang ini, saya percaya mama pasti ada sebab tersendiri. Apa saja yang buat dia gembira, saya gembira.
Saya juga kadang-kadang dianggap ‘pakar terapi’ di rumah.
Mama ada datang jumpa dan meluahkan masalahnya pada saya.
Saya memang rapat dengan mama dan selalu dengar masalah dia.
Putri berkata demikian ketika ditemui di Pelancaran Muzik Video lagu ‘Aku Ada’ kolaborasi istimewa bersama penyanyi Zaki Yamani di IOI Mall, Puchong pada Jumaat.
Personaliti ayah tiri

Berkongsi lebih lanjut, Putri mendedahkan hubungan dengan ayah tiri, Dr. Rushdi Ramli sentiasa dalam keadaan baik.
Ujar penyanyi berusia 21 tahun itu, dia melihat usaha ayah tiri untuk mengambil hatinya agar hubungan kekeluargaan itu lebih erat.
Saya dengan ayah tiri okay saja.
Kadang-kadang kami keluar bersama pergi makan.
Tapi kami tidak lah serapat macam anak dan ayah kandung.
Saya nampak dia (ayah tiri) mencuba.
Dia baik, sangat sabar, dan selalu ajak kita solat berjemaah.
Sebelum ini, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian pada 21 April yang lalu.
Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.
Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan 4 Jun sebagai tarikh sebutan kedua kes perceraian Nora dan Dr Rushdi.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

