Hantaran seorang individu meraih perhatian selepas dilihat menyambut ulang tahun kelahiran bersama pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Akan Pilih Duit, Saya Akan Pilih Cinta’ – Fara Fauzana

Artikel Berkaitan: [VIDEO] KJ, Fara Fauzana, Johan & AG Selamat Turun Gunung Kinabalu

Bercinta ke?

@izadrayaAlhamdulillah, this year’s birthday was remembered and celebrated with several dear friends and family. But this one truly deserves a special mention – because this person celebrated my birthday twice this year, for reasons only the two of us will ever know ?. Still, I’m deeply grateful, Fa. Just as I’ve always appreciated your presence in my life, I appreciate this thoughtful gesture from the bottom of my heart. Indeed, Allah is the Greatest and Most Merciful. ?? You’ll Be in My Heart – Brent Morgan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Izad meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Fara pada hari lahirnya.

Ujarnya, penyampai radio yang berusia 45 tahun itu menyambut ulang tahun kelahirannya sebanyak dua kali tahun ini.

Alhamdulillah, hari lahir tahun ini dikenang dan disambut bersama beberapa sahabat dan keluarga tersayang.

Tapi yang ini berhak dapat perhatian istimewa. Fara meraikan hari lahir saya dua kali tahun ini, atas sebab yang hanya kami berdua tahu.

Saya amat bersyukur Fara. Sama seperti saya menghargai kehadiran awak dalam hidup saya.

Perkongsian itu meraih perhatian kerana dianggap individu tersebut sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil.

Semoga berjodohan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi ‘lampu hijau’ untuk meneruskan hubungan yang lebih serius. Selain itu, warganet menitipkan doa agar dipermudahkan urusan membina masjid.

Sumber: TikTok @IzadRaya