berita

Putus Tunang, Pasangan Ada Orang Lain? Peguam Jelaskan Individu Berhak Buat Tuntutan

September 7th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tempoh bertunang merupakan satu fasa di mana pasangan mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Dalam tempoh ini, pasangan haruslah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh alam berumahtangga kelak.

Semasa bertunang ada juga yang terpaksa batal kahwin kerana pasangan berubah hati meskipun persiapan sudah siap sepenuhnya. Kalau terkena macam ni apa perlu buat? Baca penjelasan pengamal undang-undang negeri Pahang ini.

Putus tunang, pasangan ada orang lain?

Ini adalah situasi SEBENAR yang berlaku dan baru sahaja dihadapi oleh salah seorang rakan fotografer dan keizinan telah diperolehi dari empunya badan untuk di upload sebagai PENGAJARAN kepada yang sedang bertunang di luar sana dan menantikan hari perkahwinan kalian menjelang tiba;

Lagi beberapa bulan nak berkahwin tiba-tiba dapat satu SMS/Whats app dari client berbunyik “Tuan, saya nak cancelkan booking khidmat photography ni, tunang saya dah putuskan pertunangan ni sebab dia dah ada orang lain.”

Hah????!! Lagi dua tiga bulan nak kahwin tiba-tiba cik tunang nak putuskan tali pertunangan??!! Like seriously??!!
Jemputan semua dah diedarkan kut!!
Dewan dah siap tempah,
Photographer dah hire yang paling mahal dan best,
Katering pulak yang paling sedap di alam semesta takkan nak cancel macam tu jer???!!!

Tuntut ganti rugi di mahkamah

(Gambar sekadar hiasan)

Sekiranya berlaku situasi seperti di atas, JANGANLAH anda momokkan mereka dengan ayat-ayat seperti: “sabar ya ada hikmah semua itu berlaku” / “abaikan je anda berhak mendapat yang lebih baik” atau “biarkan dia dengan perampas itu”

YA, betul memang ada hikmah semua tu berlaku TAPI yang lebih utama ialah:

“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian BOLEH DITUNTUT MELALUI TINDAKAN DALAM MAHKAMAH.”

Dah di jelaskan dalam Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang Tahun 2005.

Ini adalah contoh yang digunapakai memandangkan penulis adalah merupakan pengamal undang-undang di negeri Pahang dan makcik pakcik bawang boleh rujuk Enakmen yang sama mengikut negeri masing-masing.

Jangan risau, kepada yang diputuskan pertunangan tanpa sebab munasabah, anda adalah di LINDUNGI dibawah UNDANG-UNDANG SYARIAH sedia ada di negara ini.

Boleh kemukakan tuntutan GANTI RUGI PERTUNANGAN di mana-mana Mahkamah Syariah dengan SYARAT anda simpan semua BUKTI2 seperti RESIT2 dan lain2 yang berkaitan melalui Peguam Syarie yang dilantik.

Ingat HAK anda adalah dijaga!

No matter what, life goes on.

Be prepared for the worst, but hope for the best.

P/S: Kalau rasa nak pahala lebih, klik jer button SHARE tu, tapi kalau rasa nak dosa kering, copy paste jelah without mention owner asal dia. okeh?!

#CelikSyariah
#SyarieCounsel
#MelakaNPahang
#MuhammadSyarafiNPartners

Sumber : Muhammad Syarafi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×