Pelakon dan penyair, Mohd Supyan Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, pada Selasa malam.
Artikel Berkaitan: Hail Amir Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun Akibat Masalah Jantung
Artikel Berkaitan: Bekas Peserta Mentor Musim Pertama, Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia
Salam takziah
Berita pemergian seniman itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Selangor iaitu Mohd Najwan Halimi.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia seminggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-66 tahun.
Cucu minta potong kek, saya pun potong kek.
Nabi Muhammad SAW wafat pada usia 63 tahun dan saya hidup pada usia subsidi diberi Allah SWT.
Sementara itu, jenazah difahamkan akan dimandikan di Masjid As Sobihin di Lembah Keramat, Ampang pada pukul 9 pagi, Rabu dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 pada jam 10 pagi.
Sumber: Berita Harian