Pelakon Qistina Raisah meluahkan rasa syukur dan gembira kerana berjaya membeli kereta Toyota Yaris hasil titik peluh sendiri.
Artikel Berkaitan: Qistina Raisah Ditegur Netizen, Foto Posing Nampak Ketiak Mengundang – ‘Nak Pakai Apa Pakailah, Jangan Upload Yang Terdedah’
Artikel Berkaitan: ‘Risau Perkataan Jahat Keluar Dari Mulut Ketika Di Makkah & Madinah’ – Janna Nick Kongsi Cabaran Pegang Watak ‘Misha’
Boleh bayar kereta sendiri
Menerusi perkongsian di Instagram, Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarolazari, berkata, walaupun kereta tersebut bukan kereta mewah, namun dia bersyukur dapat membayar ansuran kenderaan tersebut menggunakan wangnya sendiri.
10 tahun ibu bawak exora manual ni , ibu pernah cakap baby jangan malu tau naik exora. Tapi saya tak pernah sekali pun malu saya naik exora je sebab inilah kereta susah senang saya.
Tambah Qistina, dia tidak pernah berasa malu sebelum ini apabila ibunya hanya memakai kereta jenis exora.
Walaupun sekarang bukan kereta mewah tapi saya bersyukur dan bangga. Umur 16 tahun saya boleh bayar kereta saya sendiri. Terima kasih abah permudahkan urusan qis beli kereta. Terima kasih ibu sentiasa sokong qis.
Berbicara lebih lanjut, Qis sempat menitipkan ucapan terima kasih buat ibu dan ayahnya yang sentiasa menyokongnya selama ini.
Sumber: Qistina