Pelakon remaja Qistina Raisah kembali menjadi bualan ramai selepas tular video dengan seorang lelaki yang jauh lebih berusia daripadanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelakon Remaja Qistina Raisah Nafi Berpeluk Dengan Lelaki Di Tempat Umum – ‘Saya Keluar Mesti Ada Mak Sekali’
Jadi netizen bijak
Menerusi video di TikTok, Qistina tampil menjelaskan lelaki yang rancak diperkatakan itu adalah abang kandungnya.
Dalam rakaman itu, Qistina, 14, berang dengan segelintir netizen yang menuduh tanpa menyemak kesahihan.
Saya tidak marah netizen cuma marah netizen yang bodoh. Korang kalau nak jadi netizen tak kisah, tapi tolong jadi bijak sikit.
Kalau korang tengok TikTok Henry dekat bawah-bawah tu dah nampak saya sambut raya dengan dia.
Kalau dah sambut raya bersama, dah tentulah dia tu abang saya.
Siasat dulu sebelum kecam
@qqistinaraisah? original sound – QR
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri menggesa agar netizen tidak menyibuk dengan kehidupan peribadinya.
Lain kali sebelum nak kecam tengok dulu Instagram saya. Henry tu siapa, abang saya ke.
Confident kata itu bukan abang saya. Kau ni kenapa?
Jangan busybody sangat hidup tu boleh tak? Kau lagi tua daripada aku tapi otak itu macam bongok ja. Sakit hati aku!
Sebelum ini, Qistina pernah dituduh berpelukan dengan seorang lelaki dikhalayak umum namun dia menafikan sekerasnya.
Sumber: TikTok