Baru-baru ini viral sebuah video di TikTok yang memperlihatkan seorang perempuan sedang berpelukan dengan seorang lelaki di khalayak umum.
Biarpun tidak terpampang wajah individu terbabit, ada netizen yang ‘memetik’ nama pelakon remaja iaitu Nur Qistina Raisah.
Itu bukan saya!
@qqistinaraisah? original sound – ??
Tampil menjelaskan situasi sebenar, Qistina menafikan sekerasnya individu yang bermesra itu adalah dirinya. Kata pelakon berumur 13 tahun ini, dia tidak pasti tujuan pemilik rakaman itu memuat naik video berkenaan di media sosial.
Saya nak jelaskan saya tidak kenal siapa individu dalam video itu malah pemilik rakaman itu juga saya tidak tahu apa motif dia memuat naik video berkenaan.. Tapi itu bukan saya!
Saya tampil membuat penjelasan ini kerana ada komen mengatakan ‘adakah ini budak yang lupa password telefon’, yang itu memang saya.. Tapi dalam video itu bukan saya.
Sentiasa mak teman
Tambah pemilik nama Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, dia tidak pernah keluar tanpa ditemani ibunya termasuk sekiranya ‘dating’ bersama teman lelaki.
Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada mak sekali. Anda jangan risau fasal saya.. Kalau satu hari nanti ternampak saya pun jangan bimbang sebab saya pandai jaga diri.
Saya masih ada mak dan ayah, anda hanya perlu jaga tepi kain sendiri. Kalau orang nampak saya pergi ‘dating’ ke, mesti ada mak saya sekali.
Dalam pada itu, pelakon drama Papa Ricky menasihati pemilik video terbabit untuk berhenti menyebarkan fitnah yang tidak mendatangkan faedah.
Untuk pemilik video yang sebar dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut orang lain yang baca akan mempercayainya dan menyebarkan kepada orang lain.
Saya tidak mahu ia menjadi fitnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut.
Sumber: TikTok @qqistinaraisah