berita

Que Haidar Kongsi Gambar Anak-Anak Berbusana Songket Kuning, Netizen Terpukau!

May 24th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon Que Haidar meraih perhatian netizen apabila berkongsi beberapa foto anak perempuannya di laman Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: [FOTO] Wajah Cantik Puteri Que Haidar Tarik Perhatian, Persis Ratu & Cleopatra ‘Kayangan’!

Artikel Berkaitan: [FOTO] Memang ‘Copy Paste’ Wajah Bonda Tercinta, Puteri Sulung Que Haidar Curi Tumpuan, Lawa Weh!

Bersongket kuning

Menerusi hantaran di Instagram, Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar dilihat memuat naik foto dua anak perempuannya yang dilihat menggayakan kebaya songket berwana kuning lembut.

Difahamkan, gambar itu diambil ketika menjalani sesi ‘photoshoot’ bersama ibu mereka untuk sebuah jenama pakaian.

Walau bagaimanapun, perkongsian itu dilihat meraih perhatian netizen dengan kecantikkan YM Tengku Ratu Haidar dan YM Tengku Cleopatra Haidar.

Cantik sungguh!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji rupa paras kedua anak perempuan milik Que Haidar dan pasangannya iaitu guru tari terkenal, Linda Jasmine.

Sumber: Instagram @the_haidars

SKIP THIS AD ×