Seorang guru lelaki yang mengajar Al-Quran ditahan polis selepas mengaku mencabul 17 murid perempuannya sejak tiga tahun lalu.
Cikgu cabul 17 murid
Penangkapan tersebut dilakukan selepas ibu bapa salah seorang mangsa tampil membuat laporan polis. Setelah siasatan dijalankan, ternyata jumlah keseluruhan kanak-kanak yang menjadi mangsa cabul tertuduh, Puji Raharjo adalah seramai 17 orang.
Difahamkan, hampir kesemua mangsa merupakan anak kepada jiran tetangganya. Menurut sumber, suspek melakukan perbuatan keji itu dengan cara meraba-raba kemaluan mangsa ketika sedang mengajar mereka mengaji.
Perbuatan itu dilakukan suspek, 51, sejak tiga tahun lalu dan kali terakhir adalah pada Oktober lalu. Pelaku mengaku sering menonton video lucah sehingga membuatkan dia tidak dapat mengawal nafsu dan mula teransang saat melihat anak-anak muridnya.
Sementara itu, ketua kampung akui tidak sangka tertuduh yang dikenali sebagai tokoh agama dan sering memberi khutbah di masjid tergamak melakukan perbuatan keji itu.
Bagi tindakan yang dilakukan, suspek didakwa mengikut Perkara 76 E Undang-undang Perlindungan Kanak-Kanak dengan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 15 tahun dan denda maksimum Rp 15 milliar (RM4,500).
Sumber: News Detik, Jateng iNews