berita

Rabbani Bakal Rap Dengan Zizi Kirana Dalam Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0, Penganjur Tawar Diskaun 70%!

November 21st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Rabbani

Selepas kejayaan edisi lalu, kumpulan nasyid terkenal, Rabbani kembali menganjurkan Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 2 Disember 2023.

Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Akui Susah Jawab Soalan Bagaimana Nak Kekal Istiqamah Dalam Bertudung

Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0

Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 merupakan anjuran Intermedia Production Sdn.Bhd dengan kerjasama Rabbani Empire Resources dan disokong oleh Tourism Malaysia.

Selain Rabbani, Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 turut menampilkan barisan penyanyi terkenal seperti Mawi, Zizi Kirana, Adeep Nahar dan kumpulan Aeydan.

Menariknya, konsert ini akan diiringi oleh pemuzik dari Orkes Melayu Yayasan Warisan Johor.

Menurut wakil Rabbani, Azadan Abdul Aziz, persiapan menjelang konsert sedang giat dilakukan dan segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Persiapan untuk konsert alhamdulillah sudah 7o peratus, insyallah masih lagi diteruskan. Team pemuzik dari Orkes Melayu Yayasan Warisan Johor pun mereka sedang praktis untuk arrangement dan lain-lain berkaitan persiapan konsert.

Barisan artis yang terlibat untuk konsert ini juga memberikan kerjasama yang sangat baik. Malah, untuk Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 ini, penglibatan AJK pelaksana tidak hanya melibatkan pihak Rabbani Empire Resources sahaja, malah ia juga melibat anak-anak Rabbani seperti Aeydan.

Aeydan antara tenaga penting untuk konsert ini yang akan membantu dari sudut teknikal dan dokumentasi konsert. Gerak kerja untuk konsert kali ini lebih mudah dengan bantuan mereka.

Rabbani rap dengan Zizi Kirana

Rabbani

Berkongsi lanjut, Azadan berkata kekuatan Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 terletak pada pengisian dan persembahan yang bakal ditampilkan kelak.

Bertambah teruja lagi apabila Rabbani bakal membawakan lagu yang jarang dipersembahkan.

Kekuatan Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 adalah Rabbani akan tampil dengan lagu-lagu yang lain daripada konsert yang pernah kami terlibat sebelum ini.

Lagu yang akan disampaikan antaranya lagu-lagu popular dari Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Ada dua buah lagu milik arwah yang pernah kami rakamkan dalam album pertama dan akan dinyanyikan semula pada konsert tersebut. Ini antara elemen menarik yang ada.

Selain itu, kumpulan Aeydan akan berduet dengan Mawi, Rabbani akan duet dengan Zizi Kirana, yang pasti ada unsur rap kami dengan Zizi nanti, insya-Allah.

Malah, flow persembahan yang akan ditampilkan juga berbeza dengan konsert kerohanian yang lain

Dalam pada itu, Azadan berkata Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 akan bertemakan Free For Palestine sebagai tanda solidariti.

Sepanjang persembahan akan ada sahaja unsur solidariti Palestin, Free For Palestine. Insya-Allah kami kuat dengan isu semasa ketika ini Free For Palestine.

Walaupun ada ujian yang mendatang itu membuatkan kami lebih kuat. Ini merupakan satu platform dakwah mengajak orang ramai hadir ke konsert ini untuk pengisian jiwa dan rohani.

Tiket diskaun!

Rabbani

Tiket boleh dibeli di website Ilasso Ticket . Sebanyak 4 katogeri seat yang ditawarkan seperti  Seat Intan RM399, Seat Berlian RM299, Seat Delima RM199 dan Seat Zamrud RM99.

Istimewa untuk beberapa tarikh tertentu yang telah ditetapkan untuk semua peminat sebanyak 70% potongan harga tiket diberikan pada 15 Nov 2023, 60% potongan harga pada 16 Nov 2023, 50% potongan harga pada 17 Nov 2023, 40% potongan harga pada 18 Nov 2023, 30% potongan harga tiket pada 19 Nov 2023, 20% potongan harga pada 20 Nov 2023 dan 10% potongan harga tiket pada 21 Nov 2023.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi urusetia Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 di talian 01158505179. Boleh juga layari facebook dan instagram Rabbani@group atau tiktok Rabbani Nasyid Malaysia.

SKIP THIS AD ×