berita

Zizi Kirana Akui Susah Jawab Soalan Bagaimana Nak Kekal Istiqamah Dalam Bertudung

October 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa syukur apabila hatinya tidak pernah sedikit pun terdetik untuk kembali membuka tudung.

Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Masuk Bilik Bedah Yusuf Cakap ‘Sayang Kena Hidup Tau, Saya Tunggu Dekat Luar’ – Zizi Kirana

Artikel Berkaitan: Zizi Kirana & Suami Teruja Tunai Umrah Kali Pertama

Artikel Berkaitan: ‘Orang Yang Curang Akan Selalu Curang’ – Zizi Kirana Tuju ‘Tweet’ Dekat Siapa?

Tidak pernah terdetik

Ketika ditemui OhBulan di pertunjukan fesyen Shanell Harun A Decade Wows & Veils di EQ Kuala Lumpur baru-baru ini, Zizi berkata dia sentiasa mengingatkan dirinya sendiri mengenai niat awal ketika memakai tudung. Ujar Zizi, dia bersyukur perjalanan untuk kekal istiqamah sentiasa dipermudahkan.

Setakat ini tidak pernah lagi terdetik nak buka tudung. Suami pun selalu ingatkan saya dan kami sama-sama dekatkan diri dengan agama.

Saya sentiasa ingat niat awal saya bertudung dulu. Benar ada ketika kita lalai dan sebab itu saya selalu ingat apa yang membuatkan saya terdetik untuk berhijrah. Kisah dulu semua sudah berlalu tapi saya jadikan setiap perjalanan itu sebagai pengajaran. Itu juga satu proses Allah telah aturkan untuk saya menjadi Zizi Kirana seperti hari ini.

Ujar Zizi lagi, sebagai manusia dia sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan bergaul dengan persekitaran yang positif.

Saya selalu ditanya soalan bagaimana nak kekal istiqamah dalam bertudung ketika diundang untuk beberapa program, tetapi soalan itu susah saya nak jawab.

Cuma saya sentiasa dapatkan tunjuk ajar ustazah dan mereka kata pilih rakan-rakan yang betul. Cari orang sekeliling yang sama-sama mahu menuju jalan kebaikan tapi ingat itu bukan bermakna kita membuang kawan-kawan lama. Persekitaran kita memainkan peranan untuk terus kekal. Sebenarnya takut juga andai saya tidak istiqamah.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×