berita

Racist, Tak Berhati Perut- Lelaki Muslim Ini Dihalau Keluar Dari Kapal Terbang Kerana Berbahasa Arab

December 22nd, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

1-1

Semalam viral di Twitter bila bintang YouTube terkenal, Adam Saleh dihalau keluar oleh salah satu syarikat penerbangan di Amerika Syarikat. Nak tahu sebab apa? Sebabnya Adam Saleh ni berbahasa Arab bila berborak dengan ibunya. Video itu telah mendapat lebih 417k perkongsian di Twitter.

Adam Saleh dipercayai ingin pulang ke New York. Jika anda lihat di video tersebut, ada sesetengah orang melambai dan meraikan tindakan krew penerbangan menghalau Adam ni. Haihh apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni. Anda tengok la sendiri. Sedih pun ada beb.

Dihalau oleh sebab berbahasa lain..

https://www.youtube.com/watch?v=R495PglDWec

screen-shot-2016-12-22-at-1-39-51-am

Kami dihalau keluar oleh kapal terbang Delta oleh kerana saya berbahasa Arab dengan mak saya ketika bercakap melalui telefon. Saya dihalau keluar bersama rakan, Slim. Tolong sebarkan.

Lepas dihalau, mereka dibawa masuk ke lapangan terbang semula

screen-shot-2016-12-22-at-1-42-57-am

Kami masih berada di lapangan kapal terbang dan Delta tak beri kami sebarang maklumat. Mereka asyik suruh kami menunggu. Tolong sebarkan.

screen-shot-2016-12-22-at-1-42-47-am

Selepas itu, Delta membawa masuk pegawai polis untuk bercakap dengan kami.

screen-shot-2016-12-22-at-1-42-34-am

Kami diperiksa semula sekarang ini.

Mereka terpaksa naik kapal terbang yang berasingan

screen-shot-2016-12-22-at-1-42-24-am

Kami sekarang berada di kapal terbang yang lain, menuju ke New York City selepas diperiksa selama 30 minit. Kami akan sampai pada pukul 5.50pm waktu New York City.

screen-shot-2016-12-22-at-1-42-17-am

Kami akan berlepas sekarang dan kami akan terus dapatkan lawyer sebaik sahaja sampai di New York City. Sebarang pertanyaan boleh email ke: [email protected]

Terima kasih atas sokongan anda

screen-shot-2016-12-22-at-1-42-08-am

Terima kasih semua atas sokongan diberikan. Saya menghargai setiap seorang dari anda. Saya akan update berita terkini sebaik sahaja sampai ke destinasi.

Bukan kes pertama terjadi..

2

Menurut beberapa laporan, ini bukan pertama kali kes seperti ini terjadi, malah sebelum ni ada beberapa orang Muslim juga kena nasib yang sama.

Sumber: Twitter Adam Saleh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×