Penyanyi yang juga vokalis kumpulan OAG, Radhi mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 21 tahun yang juga merupakan pelajar dari sebuah universiti awam.
Bercinta dengan gadis 21 tahun?
Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali memberitahu dia mengenali teman wanitanya itu sejak dua tahun lalu. Namun buat masa ini, penyanyi berusia 45 tahun ini mahu kekasihnya fokus dalam pengajian sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Tambah Radhi lagi, dia juga sedang berusaha untuk perbaiki diri.
Kalau boleh saya tak nak kongsi sangat, tapi biarlah yang ketiga ini jadi yang terakhir. Kalau dah tiba masanya nanti barulah saya akan kongsikan kepada semua. Dia memang ‘sempoi’, tak ada media sosial dan saya memang nak cari yang macam itu.
Apa yang boleh saya katakan dia kenal diri saya ‘A to Z’. Cara pergaulan dan percakapannya, dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh.
Bercerita lanjut berhubung kes pertuduhan memukul dan mencederakan bekas isterinya, Radhi memaklumkan akan ke mahkamah pada 14 Februari 2023.
Saya dah minta dia tarik kes sebab saya pun tak nak gaduh. Apapun yang berlaku, saya dah maafkan dia dan harap dia pun maafkan saya. Kalau dia nak teruskan sampai ke mahkamah, saya terima dan harap semuanya dapat diselesaikan.
Untuk rekod, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum mereka berpisah pada 8 Jun 2010. Sekitar 2014, penyanyi tersebut berkahwin buat kali kedua bersama Nur Shaira Ayu Zahiri namun sah bercerai pada Mac 2019.
Sumber: Kosmo