Pernah menerima ugutan bunuh sebelum ini, kumpulan Indonesia, Radja mengakui mereka masih trauma berhubung insiden tersebut namun tidak pernah serik kembali ke Malaysia.
Artikel Berkaitan: Radja & Ella Bakal Gegarkan Mega Star Arena November Ini!
Artikel Berkaitan: Kumpulan Radja Bakal Konsert Di Johor, Tiket Serendah RM68
Tetap positif
Menurut vokalis kumpulan tersebut, Ian Kasela, perancangan konsert yang bakal berlangsung 12 November depan jauh lebih penting berbanding perasaan takut menerima ugutan daripada penganjur terdahulu.
Sebagai manusia, wajar untuk kami berasa trauma. Itu pasti akan ada tetapi kami akan tetap positif. Ada perkara lebih penting mahu difikirkan. Malaysia juga adalah rumah kedua kami. Mana mungkin kami takut untuk kembali ke sini lagi. Kami juga sudah tidak ambil peduli.
Ini adalah isu dalaman penganjur itu sendiri. Cuma kami mengambil pendekatan untuk lebih berwaspada terutama dari segi kontrak dan penganjur.
Terdahulu, Radja menerima ancaman bunuh daripada dua individu yang dipercayai wakil pihak penganjur selepas selesai mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru pada 12 Mac lalu.
Difahamkan, situasi cemas tersebut berlaku susulan salah faham yang berlaku antara pihak penganjur dan band berkenaan. Menurut pihak polis, dua suspek warga tempatan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).
Dalam pada itu, Ian menambah, pihaknya selepas ini tidak akan berurusan menggunakan orang tengah dan akan terus membincangkan sebarang perancangan dengan penganjur sesebuah acara itu sendiri.
Slepas insiden tersebut, kami sangat menghindari orang tengah untuk komunikasi yang lebih aktif dan mengikut prosedur yang sepatutnya. Malah, pihak pengurusan juga menitik beratkan isu keselamatan serta memastikan komunikasi yang lebih aktif.
Disoal mengenai lamaran melakukan konsert di Malaysia, Ian memberitahu mereka tidak mengambil masa lama untuk bersetuju dengan tawaran tersebut dan terbuka dengan sebarang perancangan lain selepas ini.
Kami cuba move forward. Kami tidak membuat sebarang kesalahan dan semua tugasan telah dilaksana mengikut perjanjian. Cuma insiden seperti itu tidak boleh diduga. Di luar kawalan kami sendiri. Radja juga tetap manusia biasa. Dalam ruangan komen sendiri peminat susah tidak sabar untuk konsert tersebut. Kami memaafkan dan move on.
Sekadar info, Radja bakal menampilkan Ella sebagai penyanyi jemputan untuk konsert mereka nanti. Konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur itu dibawakan oleh Orange International Entertainment.