Seperti yang diketahui ramai, pelakon Raffi Ahmad adalah salah seorang artis yang terkaya di Indonesia sehinggakan diberi gelaran sultan.
Di negara seberang, sultan membawa maksud yang berbeza iaitu merujuk kepada seorang seniman yang diiktiraf kejayaan dan kewujudannya di kaca televisyen serta media sosial.
Artikel Berkaitan: Rumah Baru Raffi Ahmad & Nagita Mewah, Siap Ada Lif Khas Untuk Kereta
Artikel Berkaitan: Bagi Duit Belanja RM58,000 Sebulan, Raffi Ahmad Puji Isteri Tak Boros
Rasa biasa jadi sultan
Baru-baru ini, Raffi mencuri tumpuan ramai selepas mengaku berasa bosan menjadi sultan di Instagram (IG) miliknya.
Saya sudah bosan menjadi sultan, rasanya biasa saja,” tulis Raffi beserta fotonya bersama kereta Lamborghini berwarna merah.
Pengacara berumur 35 tahun itu berkata demikian selepas isterinya, Nagita Slavina memberitahu bahawa dia sudah bosan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif.
Ramai nak tukar tempat
Kapsyen itu mengundang rakan artis dan peminat untuk meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Antara yang menulis adalah Boy William, Tommy A. Siahaan, Hengky Kurniawan dan Acha Septriasa.
Rata-ratanya menginginkan posisi pemilik nama Raffi Faridz Ahmad yang hidup dalam keadaan serba mewah.
Sebelum ini, Raffi mendedahkan dia memberi duit belanja bulanan kepada Nagita sebanyak 200 juta rupiah atau lebih RM58,000.
Sumber: Instagram @Raffinagita1717