berita

Rafiq Razali Dilantik Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima

February 18th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Media Prima Berhad (MPB), kumpulan media bersepadu sepenuhnya terbesar di Malaysia, mengumumkan pelantikan Rafiq Razali, 36 tahun, sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa 18 Februari 2021.

Rafiq menyertai Media Prima pada 2016 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group (“RMG”) (dahulunya dikenali sebagai Media Prima Digital). Beliau berjaya melaksanakan strategi pemulihan perniagaan (business turnaround) yang memacu RMG menjadi satu daripada syarikat media digital yang terunggul dari segi kewangan dan capaian audiens. Kejayaaan pemulihan ini turut membawa kepada pertumbuhan pendapatan yang signifikan dan konsisten, menjadikan RMG syarikat yang mencatat keuntungan.

Watak penting transformasi perniagaan Media Prima

Beliau bertanggungjawab dalam usaha pengambilalihan strategik aset-aset digital oleh Media Prima termasuklah kejayaan pengambilalihan Rev Asia Holdings Sdn Bhd yang telah menyediakan pangkalan data demografik audiens golongan muda kepada Kumpulan. Pengambilalihan ini, di samping aset-aset yang dibangunkan dalaman dengan mengambil kesempatan harta intelek Media Prima yang popular, telah mengukuhkan lagi capaian Media Prima menjadi platform digital terunggul di Malaysia di kalangan pengguna peranti mudah alih. Ia meletakkan Media Prima di kedudukan ketiga di belakang Google dan Facebook berdasarkan capaian audiens digital keseluruhan dalam negara. Di bawah kepimpinannya, RMG telah memeterai persefahaman usahasama dengan jenama-jenama digital global seperti Mashable, IGN dan Technave.

Rafiq juga memainkan peranan utama dalam usaha transformasi perniagaan Media Prima untuk menyatukan strategi digital Kumpulan merentasi kesemua anak-anak syarikatnya. Antara pencapaian utamanya sehingga kini termasuklah pelaksanaan strategi ‘Big Data’ untuk Kumpulan bagi menyediakan maklumat masa sebenar (real time dashboards) dan profail audiens yang mendalam menggunakan algoritma kecerdasan buatan (Articial Intelligence) yang kompleks. Kemuncak kejayaannya dicapai bila RMG menerima anugerah 2019 Digital Publisher of the Year oleh Malaysian Digital Association.

Datuk (Dr.) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad berkata syarikat meletakan kepercayaan yang tinggi terhadap beliau.

Lembaga Pengarah mengalu-alukan pelantikan Encik Rafiq ke Lembaga Pengarah Media Prima. Beliau mempunyai pengalaman yang luas serta rekod kejayaan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif penting transformasi perniagaan di peringkat Kumpulan. Beliau juga seorang yang mempunyai kemahiran serta dihormati di dalam lanskap media digital setelah berkhidmat  dengan beberapa syarikat permulaan (start up) digital sebelum menyertai Media Prima. Kami percaya beliau akan memberi sumbangan besar kepada masa hadapan Kumpulan

Rafiq berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian Kelas Pertama) dalam Sains Aktuari dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. Beliau juga telah melengkapkan ASEAN Senior Management Development Program daripada Harvard Business School ACM.

SKIP THIS AD ×