berita

Ragut 3 Nyawa, Projek Pembinaan SUKE Diarah Henti Serta Merta

March 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai video kemalangan struktur besi jatuh di Persiaran Alam Damai Cheras, hari ini. Kejadian tersebut telah menyebabkan tiga pekerja kontraktor warganegara China maut dan seorang pemandu kereta cedera parah.

Artikel berkaitan:[VIDEO] Struktur Besi Kren Jatuh, 3 Pekerja Dilaporkan Maut

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dihentikan serta-merta sehingga situasi pembinaan disahkan selamat.

Laluan ditutup

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, laluan di kawasan berkenaan juga ditutup sehingga siasatan selesai.

Kita sudah mengarahkan kerja-kerja pembinaan dihentikan kecuali kerja-kerja menyelamat yang mungkin selesai sehingga 12 tengah malam ini. Pihak pemaju juga sudah diarahkan untuk mencari jalan alternatif memandangkan penduduk di sebuah apartment berdekatan tidak mempunyai jalan raya lain untuk masuk ke kediaman itu.

Jika berlaku pemasangan beam, jalan raya di sini ditutup dan tadi hanya kerja-kerja penyelenggaran dijalankan. Mangsa yang terbabit sedang melakukan penyelenggaran di situ.

Ujar Fadillah lagi, komponen kren gantri terjatuh ketika kerja penyelenggaraan kren sedang dijalankan.

Punca kejadiaan masih belum diketahui

Di samping itu, Fadillah turut mengesahkan kejadian itu membabitkan kontraktor berlainan daripada kejadian yang mengakibatkan dua wanita pekerja kilang maut selepas kejadian perancah besi dalam pembinaan (SUKE) runtuh, di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada 3 Mac lalu.

Ketika ini pelbagai agensi termasuklah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Pasukan Bomba dan Penyelamat akan menilai cadangan keselamatan terbaharu bagi meneruskan kerja-kerja pembinaan di situ.

Kita sudah mengarahkan bahagian keselamatan daripada pihak pemaju dan kontraktor untuk memberi tindakan dari sudut keselamatan dan ia akan dinilai dari oleh agensi-agensi bertanggungjawab.

Beliau turut memberitahu bahawa setakat ini punca kejadian masih belum diketahui.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×