Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak dapat tahu apa yang bakal menanti kita pada masa depan. Kadang-kala kerjaya yang kita lakukan pada masa kini akan berubah sepenuhnya pada masa akan datang. Namun sebagai manusia, semua itu ibarat asam garam dalam kehidupan dan kita perlu laluinya dengan penuh berani dan jadikan perkara lalu sebagai kenangan.
Perkongsian penyanyi Rock Bumiputra Rockers, Joey ini mungkin bakal membuka mata dan mengejutkan sesetengah pembaca kerana tanpa disangka-sangka penyanyi itu rupa-rupanya adalah seorang arkitek yang sangat berbakat suatu masa dahulu sebelum bergelar sebagai seorang penyanyi.
Sama-sama design Sunway Lagoon
Dulu aku kerja arkitek firm. Arkitek Akiprima, arkitek Bersatu dan banyak lagi. Aku dipanggil khas untuk maintain komputer dan latih semua arkitek-arkitek buat 3D artwork dan animation. Sebelum tu, semua design adalah 2D.
Aku sama-sama design Sunway Lagoon, Sunway College, Sunway hotel dan Kulim Hitech. Bos aku Ray Cheah, adik Jeffrey Cheah (Boss Sunway Group). Hotel Sunway Lagoon mula-mula design, tak macam sekarang. Memang sebiji macam Disneyland tapi tak lulus.
Design hospital, sekolah, stadium, stesen bas, bangunan, rumah dan macam-macam lagi. Pasar borong Selayang (baru) dengan pasar borong Nilai 2 tu, aku yang design. Satu lot sebesar tapak kubur, mereka jual 600k. Berebut Cina beli.
Buat networking
Dulu komputer mahal. 286 yang aku pakai ni, RM15 ribu. Satu software AutoCad single user pun dah RM12 ribu. Memori jangan cerita la, Ramchip 256mb sahaja mau RM400. Skrin hijau 14 inci tu pun hampir RM800. Printer color pertama saiz A3, die sublimation sebesar mesin fotostat, harga RM45 ribu. Hard disk? Jangan mimpi la. Aku rasa korang tak jumpa zaman Floppy Disk yang lembut, besar-besar tu. File besar kena zip dulu.
Kemudian aku buat networking untuk pejabat kerajaan dan swasta. Panjat bumbung, drill lubang sana sini, pasang wayar. Modal RM1500 tapi orang bayar RM15 hingga RM30 ribu sebab ramai tak tahu networking. Novell Network, Protocol.
Masa mula cdrw keluar, amatlah mahal. Satu hari ada sorang India jumpa aku kat PJ. Dia datang dari India. Ada kilang cdrw kat sana. Dia offer harga RM5.50 satu cdrw. Masa tu harga cdrw sekeping mau berbelas ringgit. Semua orang nak beli sebab tak sabar nak burn cd.
Berpusu-pusu orang call aku nak beli cd. Ada yang offer sampai 5 juta unit, nak terus booking, masuk duit dalam akaun aku. Masa tu aku dah pergi Mofaz, nak order Lamborgini Testarossa sebiji tapi malangnya keluar berita CNN kilang tu terbakar.
Pergi interview tak bawa sijil
Aku pernah interview syarikat komputer di Faber Tower. Ramai Cina pakai smart lengkap dengan sijil yang apply. Aku sorang je yang rambut panjang pakai jeans, tak bawak sijil bagai. Dia tanya aku, mana sijil, aku jawab takde dan aku cakap, aku cuma bawak IC.
Dia tanya lagi, apa jawatan yang awak minta, awak tak isi jawatan. Saya jawab, apa-apa jawatan pun boleh. Kemudian dia bawa aku masuk bilik programming database. Dia suruh aku buat. Dalam masa 45 minit aku siapkan programming. Masa tu guna Dbase III, cobol dan fortran sedikit machine language subroutine. Terus aku dapat job tu.
M. Nasir panggil tauke komputer
M. Nasir panggil aku ‘tauke komputer’. Mereka yang biasa kerja dengan aku adalah Ringgo Fotograf, Zarith Mega, adik Rahim Maarof dan ramai lagi. Masa ni arwah Shamrin Fotograf kerja bahagian Purchasing Manager dekat Proton HQ. Aku biasa deal dengan dia supply conveyor belt.
Satu je aku nak cakap, kerja draftsman atau designer ni dah jadi macam ‘Mat Gian’. Satu hari tak pegang mouse, rasa tak selesa sangat.
Gian nak cut, trim, copy, extend, purge, trace, arc, ellipse, array, chamfer, line, snap, ortho, iso, intersection, near, midpoint, endpoint, layer.
Sumber: Facebook Joey BPR