berita

Rahsia Remaja Dirogol Bapa Sejak Berusia 11 Tahun Terbongkar Selepas Pengsan Di Sekolah

June 1st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Perbuatan rakus seorang bapa merogol anak kandungnya, seorang pelajar tingkatan dua sejak 4 tahun lalu akhirnya terbongkar selepas remaja itu pengsan ketika berada di sekolah.

Remaja malang itu didakwa menjadi tempat melempias nafsu serakah bapa kandungnya sejak berusia 11 tahun lagi.

Suspek telah pun ditahan

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 11.55 pagi semalam daripada guru dan pelajar berkenaan.

Pada pagi semalam, mangsa pengsan di sekolahnya dan sebaik sedar, gurunya bertanyakan keadaannya sebelum remaja itu memberitahu dia menjadi mangsa rogol bapa kandungnya.

Kejadian terbaharu pada 2 pagi semalam yang mana suspek yang berusia 39 tahun memasuki bilik mangsa dan merogolnya.

Muhamad Zaki pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, hari ini berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya membuat tangkapan terhadap suspek yang bekerja sebagai tukang rumah di perkarangan Hospital Tanah Merah, petang semalam.

Katanya, mangsa tinggal bersama suspek dan ibu tiri serta empat saudara tiri lain dan suspek mengaku merogol mangsa sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun.

Mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati kesan koyakan lama. Ujian saringan yang dibuat mendapati negatif dan suspek juga tiada rekod lampau.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 7 Jun ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan (KK)

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×