Air nabeez merupakan minuman yang dihasilkan daripada rendaman kurma di dalam air dan ianya termasuk antara minuman sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raf Yaakob Makan Kurma ‘Butter’ Dicampur Coklat, Netizen Sakit Mata Tengok – ‘Kurma Makanan Sihat, Jangan Buat Macam Ni’

Artikel Berkaitan: Minum Segelas Susu Sebelum Tidur Bantu Tingkatkan Kekuatan Tulang, Kurangkan Rasa Lapar

Mampu mengenyangkan perut

Minuman ini bertindak sebagai tonik alkali yang membantu meneutralkan keasidan dalam tubuh badan.

Selain itu, air nabeez mampu menyokong sistem penghadaman yang lebih baik kerana kandungan serat larutnya yang tinggi daripada buah kurma dan membantu melancarkan proses pencernaan secara semula jadi.

Sempena bulan Ramadan ini, air nabeez boleh dijadikan sebagai pilihan bagi mereka yang tidak mahu mengambil makanan berat ketika bersahur.

Minuman sunnah ini disediakan dengan merendam buah kurma dalam air masak selama semalaman sebelum diminum pada waktu sahur, sekali gus membantu memberi rasa kenyang dan tenaga.

Namun, air nabeez ini disarankan untuk disediakan dalam kuantiti sekali minum sahaja serta tidak disimpan terlalu lama bagi mengelakkan ia menjadi masam dan tidak sesuai diminum.

Resepi mudah

Cara penyediaan air nabeez boleh menggunakan buah kurma dalam bilangan ganjil bersama anggaran air sekitar 500 mililiter hingga satu liter.

Bagi memudahkan proses rendaman, disarankan untuk membuang biji kurma sebelum isi buah dikoyakkan.

Terdapat juga sesetangah individu yang menggunakan kismis sebagai alternatif, namun bahan tersebut tidak digalakkan dicampur bersama buah kurma dan ia perlu digunakan secara berasingan.

Seterusnya, isi buah kurma perlu direndam dalam air masak pada waktu malam sebelum tidur dengan bekas diletakkan pada suhu bilik tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Selain diamalkan ketika bulan Ramadan, air nabeez juga boleh diminum pada hari biasa, khususnya ketika perut kosong sebelum sarapan pagi sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan yang sihat.

Khasiat

Selain itu, air nabeez berperanan sebagai pembekal tenaga, justeru ia sesuai diamalkan ketika berbuka puasa, sama seperti amalan memakan buah kurma.

Hal ini kerana kandungan seratnya yang tinggi dapat membantu menyingkirkan kolesterol jahat dalam tubuh dan berkesan untuk meredakan atau memulihkan masalah sembelit.

Minuman ini sumber terbaik zat besi untuk meningkatkan tenaga dan kualiti kesihatan darah. Kandungan potasiumnya yang tinggi pula membantu menjaga kesihatan jantung serta menstabilkan tekanan darah.

Sebagai tonik alkali semula jadi, air nabeez juga dapat meneutralkan keasidan dalam perut dan memulihkan sistem pencernaan, serta menyokong proses detoksifikasi tubuh dengan membuang bahan toksin yang berbahaya.

Di samping itu, air nabeez turut menyokong fungsi kognitif kerana kandungan seratnya membantu meningkatkan proses pencernaan yang baik, sekaligus menajamkan fikiran dan membantu mengurangkan risiko mudah lupa.

Sumber: Ummi Hamidah