berita

Rahsia Turun 34kg Walaupun Makan 3 Kali Sehari

October 7th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Tak dinafikan, setiap orang mengimpikan berat badan ideal dan tubuh badan yang sihat. Namun ramai yang sukar untuk ‘diet’ dan meninggalkan makanan disukai. Tak kurang juga yang akan mengalah sebelum sempat berjuang kerana terlalu letih untuk mencapat tubuh idaman.

Apa kata korang cuba tips dari brader ini yang berjaya membuang 34 KG dalam hanya masa 8 bulan. Walaupun ianya sukar, namun keputusannya sangat berbaloi!

Fasa maintain berat badan

Yang tak nak kurus takyah baca tau sebab panjang saya tulis untuk hampalah. Pinggang dari 38-40 ke 28-29. XXL – S. 100KG – 66KG ( tinggi 166). Sekarang fasa maintain selepas 8 bulan saya berjuang & tekad utk target BMI yang normal. Dan saya nak share cara/method yang saya sendiri gunakan untuk loss weight.

1- DSSS – Diet Suku Suku Separuh

– Diet ni saya start masa berat 100KG
– 3 kali sehari
– Nasi pula segenggam, ayam seketul, sayor semangkok
– Jogging 1 jam sehari
– Result lost 23 kg dalam tempoh 5-6 bulan
– Masa DSSS saya cut gula 100% dalam minuman, kuih, kek, apa saja yang ada gula saya cut

2-IF. INTERMITTENT FASTING

– Diet ni saya start masa berat 77KG sebab berat jadi plateu atau statik tak nak turun
– Time yang saya guna kebanyakan 24H, adakala 30H, kadang-kadang waktu ada tenaga lagi, saya layan smpai 36H, pernah buat rekod peribadi 52H
– 24H tu adalah 24 jam tanpa makanan langsung cuma air kosong jika dahaga
– Yes, amat berkesan method ni,
– Result is another 11 kg loss dalam tempoh 2 bulan
– Exercise jogging, running & cycling
– Untuk buat IF, before start, mesti loading makanan mengikut kalori defisit
– Kalori defisit ikut umor, tinggi, & berat

– Kiraan kalori defisit boleh google haha
– Untuk badan saya ketika berat 77KG, tinggi 166, umur 30, kalori saya perlu ada utk setiap hari adalah 1400-1600kcal mengikut aktiviti kerja/workout kita ya
– Jadi untuk IF 24 jam saya kira makanan yang saya ambil berapa kalorinya
– Normally saya ambil 1,000kcal
– Selepas 24 jam IF, makanan yang dimakan pon sama seperti sebelom start IF
– So, untuk method IF ni wajib kira kalori defisit, bahaya jika heavy workout/kardio boleh collapse atau sebaliknya.. (pengalaman sendiri collapse masa cycling huhu?)

Buat Intermitten Fasting 24 Jam

3-OMAD- One Meal A Day

– Diet ni saya tengah amalkan sekarang untuk maintain berat & masa yang sama kurangkan juga sikit2 haha
– Yang ni lebih kurang sama IF 24 jam cuma bezanya saya gabungkan DSSS dalam pemakanan before start OMAD
– Then jika buat heavy workout , saya ambil juga nutrisi tenaga seperti pisang 2-3 biji, kurma 2-3 biji, snacking MARS, kitkat atau sebagainya
– Boleh mula ambil gula disebabkan paras gula dh terlalu rendah, contoh susu + Milo, kopi + gula 1 sudu, tapi say no to air karbonat
– Saya orang yang aktif bersukan, paras gula saya 3.4 nmol, amat rendah & senang pitam haha, jadi saya perlu counter dengan ambil gula sebelum bersukan & recover dgn supplemen selepas sukan

4-Eat Clean
– Yang ini saya tak buat hahaha ?
Tambahan, Masa rest badan amat penting. Tido saya normally jam 10-11 malam. 4 pagi dah bangun. 7.30 pagi running. Jam 12.30 hari saya tido 1 jam. 5.30 petang cycling. 6 kali seminggu. 1 hari bercuti. Haha

Sumber : Qalel Putra

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×