berita

Raih Lebih 22 Juta Undian, Haqiem Rusli Dinobat Bintang Paling Popular #ABPBH33

November 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebentar tadi telah berlangsungnya anugerah paling berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 33 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Anugerah kali ini menyaksikan penyanyi, Haqiem Rusli merangkul Anugerah Bintang Popular edisi ke-33.

Haqiem Rusli telah berjaya mendapat kira-kira 22 juta undian untuk kategori tersebut. Di sini, kami kongsikan senarai penuh pemenang bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan di ABPBH. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Anugerah Bintang Paling Popular BH

Penyanyi, Haqiem Rusli berjaya meraih Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Edisi ke-33 malam ini. Selain memenangi kategori tersebut, Haqiem turut memenangi Anugerah Penyanyi Lelaki Popular dan Lagu Paling Boom Popular. Selain membawa pulang trofi kemenangan, Haqiem juga membawa pulang sebuah kereta Nissan Leaf yang disumbangkan oleh edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Senarai penuh pemenang ABPBH33

  1. Artis Baharu Lelaki Popular – Chubb-E
  2. Artis Baharu Wanita Popular – Isyariana
  3. Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia – Haqiem Rusli
  4. Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia – Wany Hasrita
  5. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Siti Nordiana & Khai Bahar
  6. Pelakon Filem Lelaki Popular – Zahiril Adzim
  7. Pelakon Filem Wanita Popular – Mawar Rashid
  8. Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir
  9. Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
  10. Artis Versatil Popular – Siti Nordiana
  11. Penyampai Radio Popular – DJ Lin
  12. Artis Komedi Popular – Sherry Alhadad
  13. Pengacara TV Popular – Sherry Alhadad
  14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Francissca Peter

Anugerah kategori online

  1. Lagu Paling Boom Popular – Haqiem Rusli
  2. Artis Kontroversi Popular – Aiman Tino
  3. Gandingan Serasi Drama Popular – Kamal Adli & Uqasha Senrose
  4. Gandingan Serasi Filem Popular – Mimi Lana & Syafiq Kyle
  5. FC #Fantastik Popular – Siti Nordiana FC

Sumber: TV3

SKIP THIS AD ×