berita

Raja Afiq Jawab Dakwaan Tak Dapat Job Sebab Kontroversi

October 3rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Raja Afiq memberitahu dia bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat perbankan susulan tiada tawaran berlakon sejak awal tahun ini.

Artikel Berkaitan: Raja Afiq ‘Belanja’ Foto Badan Berotot, Netizen Geram Tengok

Artikel Berkaitan:‘Kenapa Saya Nak Hisap Dadah, Hisap Rokok Pun Tak’ – Raja Afiq

Artikel Berkaitan: Pernah Mengaku Terkena Buatan Orang Sehingga Turun Berat Badan, Pelakon Lelaki Didakwa Hisap Dadah & Pukul Isteri?

Pada awalnya berasa tertekan

Pada awalnya saya akui tertekan apabila tiada tawaran berlakon dalam tempoh yang panjang. Namun saya enggan menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa.

Menurut Afiq, demi meneruskan kelangsungan hidup dia sanggup mengenepikan kerjaya glamor yang pernah mengangkat namanya dalam industri seni satu ketika dahulu.

Kalau nak cakap saya terkenal, rasanya zaman itu sudah lama berlalu. Saya dikenali ramai pun dalam tempoh yang sekejap, kemudian nama saya agak perlahan dalam dunia seni.

Jadi saya sudah biasa dengan kehidupan yang sederhana ini dan tidak berdepan sebarang kesulitan apabila bekerja sebagai kerani di bank.

Lagipun saya tak suka duduk diam dan goyang kaki di rumah saja. Memandangkan sekarang ini saya sudah mempunyai keluarga dan ada komitmen, jadi saya perlu cari jalan lain untuk teruskan kehidupan.

Kalau orang nak cakap saya malas, itu bukan prinsip hidup saya sebab dari zaman muda lagi saya memang kuat bekerja dan tak kisah untuk menimba pengalaman baharu.

Tambah Afiq, keputusan bekerja sebagai kerani bukan bermakna dia sudah tidak berminat untuk menerima sebarang tawaran berlakon.

Nak kata bahagia dengan pekerjaan sekarang tidak juga sebab saya masih mencari peluang dalam dunia lakonan. Perjalanan untuk saya menjadi pelakon bukan mudah. Banyak cabaran yang perlu saya lalui sehingga berjaya mencipta nama sebelum ini.

Jadi untuk terus tinggalkan kerjaya ini tidak mungkin. Saya masih belum puas kerana boleh kira dengan jari jumlah drama yang pernah saya bintangi. Mohon doakan semoga perjalanan karier saya sebagai pelakon tidak terhenti di sini kerana saya memang nak aktif berlakon jika masih diberikan ruang dan peluang.

Diminta untuk mengulas mengenai isu pihak pengarah dan penerbit takut untuk mengambilnya berlakon, Afiq berkata setiap orang dalam industri pasti ada kontroversi. Jelasnya lagi, dia berani ke depan kerana mengamalkan konsep ‘berani kerana benar’.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×