Pada 13 Oktober 2016 merupakan detik hitam bagi rakyat di Thailand apabila Raja kesayangan mereka, Raja Bhumibol Adulyadej telah menghembuskan nafas terakhir. Bukan rakyat Thailand sahaja terkejut, malah satu dunia juga berkongsi perasaan yang sama.
Belum sampai sehari pun mereka kehilangan Raja Bhumibol, kebanyakan sudah terfikir siapa yang akan menggantikan tempat kosong tu. Raja Bhumibol mempunyai 4 orang anak. Adakah salah seorang dari anaknya akan menyambung legasi bapanya? Menurut laporan BBC, ini beberapa info menarik mengenai calon Raja Baru Thailand.
Raja Bhumibol hanya punyai seorang anak lelaki
Kredit foto: BBC
Macam kami beritahu di atas, Raja Bhumibol mempunyai 4 orang anak dan punyai seorang sahaja anak lelaki iaitu, Putra Mahkota Maha Vajiralongkorn. Dia telah menghabiskan 44 tahun sebagai Putera Mahkota Thailand dan pewaris.
Belajar di UK & Australia
Sumber: Google Images
Satu-satunya anak Raja Thai mendapat pendidikan swasta di UK dan di Australia.
Pernah jadi pegawai tentera Thailand
Sumber: Google Images
Sejak tahun 1975, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn menjadi seorang pegawai dalam tentera Thai.
Kahwin dan cerai sebanyak 3 kali
Sumber: Google Images
Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn telah berkahwin dan bercerai sebanyak 3 kali dan mempunyai 7 orang anak. Beliau telah putuskan hubungan isteri kedua dan ketiga dengan cara yang kontroversi dan sangat terbuka.
Banyak habiskan masa di luar negara
Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn banyak menghabiskan masa di luar negara, dan hidup dengan bekas pramugari syarikat penerbangan Thailand.
What do we know about the future king of Thailand?
Posted by BBC News on 14hb Oktober 2016
Sumber: BBC