Harian Metro hari ini mengesahkan pelakon Raja Farah Raja Aziz sah bercerai talak satu dengan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria di Mahkamah Rendah Syariah tadi.
Suaminya melafazkan talak satu pada prosiding tertutup di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.
Kami Sudah Tidak Sefahaman
Menurut BH Online, Raja Farah dan suaminya sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu. Selain itu, dia menjalaskan bahawa perpisahan ini merupakan jalan yang terbaik bagi mereka.
Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya, perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini,” katanya dalam nada sebak.
Tambahnya, dia belum terfikir sebarang perancangan masa hadapan tetapi tidak menolak jika ada tawaran berlakon dan mengacara nanti
Kami sudah hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi ini suratan yang harus saya terima. Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri. Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan,” katanya yang belum terfikir sebarang perancangan masa hadapan tetapi tidak menolak jika ada tawaran berlakon dan mengacara datang.
Raja Farah selaku plaintif diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz Roslan manakala Megat Bashirun Qhuyum tidak diwakili peguam.
Raja Farah, 27, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu pada 5 Mei lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Pelakon utama filem Salon ini bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum, 30, pada 12 November 2010 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber : BH Online, Harian Metro