berita

Rajin Netizen Terjemah ‘Short Form’ WhatsApp Ruhainies & Aliff Aziz, ‘LUM’ Maksud ‘Love You More’

April 25th, 2024 | by Alia
Kini Trending

aliff ruhainies

Kemelut rumah tangga antara Aliff Aziz dan Bella Astillah semakin rumit apabila wanita yang dikaitkan dengan aktor itu iaitu Sarah Yasmine menggemparkan industri hiburan dengan mendedahkan perbualan yang didakwa antara Aliff dan aktres, Ruhainies.

Artikel Berkaitan: ‘Aliff Aziz Tunjuk 400 Lebih Bukti Gambar, Video, Tiket Penerbangan Bella & Muaz’ – Caprice

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chacha Maembong Tak Rapat Dengan Ruhainies, Pelik Nama Kena Petik Isu Bella Astillah – ‘Saya Tak Kacau Tepi Kain Orang’

Terjemahan oleh netizen

aliff ruhainies

Bukan itu sahaja, cara mereka menulis mesej turut menarik perhatian warganet kerana terdapat beberapa perkataan yang menggunakan ‘short form’ atau singkatan.

Menerusi ciapan di aplikasi X, rata-rata warganet cuba memahami ‘short form’ tersebut dengan mencari terjemahannya.

LU = love you

LUM = love you more

MUSM = miss you so much

MUMUMUMU = mucuk mucuk mucuk mucuk

Menjengah ke ruangan balas pula, terdapat segelintir warganet yang sukar memahami maksud singkatan perkataan-perkataan itu selain ada juga yang turut geli hati melihat mesej tersebut.

Aku pelik betul la baca screenshot tadi, LU MU apa segala. Ingatkan Manchester United.

Aku sampai kena tanya adik aku, apa benda akronim dia orang tulis ni? Tak faham. Conversation remaja tengah bercinta, style tengah angau..macam dunia ni dia orang yang punya.

Menyirap je baca ‘short form’ macam ni.

Terdahulu, Sarah mendakwa bahawa dia dan Aliff sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: Platform X

SKIP THIS AD ×