Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa terkilan dan kurang senang dengan tindakan ibunya yang dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.
Mak jalin hubungan dengan suami orang
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di Twitter Askrfess, individu itu meminta pandangan netizen mengenai tindakan ibunya yang mengganggu suami orang sedangkan sebelum ini, dia telah berkali-kali menasihati wanita itu.
Saya sedih kerana ibu saya mempunyai teman lelaki. Tetapi dia bercinta dengan suami orang dan dia tidak pernah mendengar apabila diberi nasihat.
Tambah individu ini lagi, dia mula hilang sabar selepas ibunya dikatakan sering keluar rumah sejak awal pagi semata-mata mahu menemani teman lelakinya itu di balai polis tempatnya bekerja. Bukan itu sahaja, individu ini memaklumkan dia gagal menghubungi ibunya itu sehinggalah dia nekad meluahkan rasa tidak puas hati kepada ibunya menerusi pesanan di WhatsApp.
Rajin solat tetapi kenapa perangai/kelakuan begini. Tak malu dengan sejadah? Baik pulang sekarang,
Individu ini juga merayu supaya ibunya pulang ke rumah dan jaga maruah diri dan nama baik sebagai seorang wanita yang sudah memiliki anak. Si ibu kemudian memberitahu akan pulang ke rumah selepas selesai mendirikan solat.
Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan nasib yang dilalui individu ini. Mereka turut berharap agar ibu individu ini dibukakan hati agar tidak lagi mengganggu suami orang.
Perbualan di WhatsApp
Sumber: Twitter Askrfess, Suara.com